Friday, June 19, 2015

Pulau Perhentian

Ini cerita aku pergi Pulau Perhentian bulan October tahun lepas. Betul2 basi punye cerita. Post ni lama tersimpan dalam draft. Hehe. Saje nk letak dalam blog.  Kitorang pergi 3-5 November. Sekejap je 2 malam 1 hari. 5 November tu time raya haji pulak tu. Sbb dah book semua, so kitorang pergi jela. Lagipun masa tu dah nak masuk musim tengkujuh. So kena la gi cepat. Aku pergi tiga orang dengan member aku Syaza and Sheril. Amek package yang RM260/pax tu.

Kitorang bertolak daripada hentian putra bas sampai ke kuala terengganu. Tu je yang dapat. Pakej tu tak termasuk bas sekali so kena la beli sendiri. Tiket balik tak beli lagi sebab ingatkan sampai sana baru nk beli yang dari besut terus. Tapi sampai2 takde pun tiketnya. Carik punya carik dapat la bas Sani express itu pun pukul 10 malam. Bas lain memang dah takde dah. Diorang kata sebab raya, bas memang susah nk dapat so nak tak nak beli jela bas 10 malam tu RM40.

Aku tido kat Rock Garden Chalet. Bad experience gak la bagi aku tido sini. Sebab murah agaknye kot. Tempat dia mcm chalet biasa la. Sebab murah so memang takde aircond. Ada la kipas dinding satu. Kecik cenonet tu pun berhabuk. Tu aku tak kisah sangat. Masalahnye, dia punya sliding door tak boleh kunci. Korang bayangkan lah kitorang duduk 3 orang dengan bilik tak berkunci. Tak ke seram. Bahaya kot. Memang dah risau la masa tu. Tapi tawakal je la masa tu. Siap ada yang bawak pepper spray lagi ok. Hahahha. Siap sendal selipar2 bawah pintu konon2 nk kasik orang tak boleh masuk. Bila ingat2 balik memang lawak. hahaha.

camni la bilik nye. ni bukan gambar aku tapi

Ni chalet tu dari luar

Hari sampai tu takde wat apa pun just jalan2 tepi pantai. Esoknya baru aktiviti snorkelling kitorang. Ada 6 tempat tak silap dia pergi. Tempat yg ada banyak ikan, tempat nk tengok baby shark, lepas tu singgah makan kat satu pulau ni.

Ni kira first time jugak la aku snorkelling. Best gak. Tapi memang penat gile sebab kena berenang. Ada sampai satu tempat tu, orang boat tu siap berhentikan kitorang tengah laut pastu suruh berenang sampai pantai. Dia dah gerak dulu pergi pantai. Bahaya jugak sebenarnya dia biar macam tu je in case berlaku apa2 kan. Masa tu jugak aku punya alat snorkelling yang tempat bernafas dari mulut tu jatuh dalam dasar laut. Kitorang memang tak boleh ambil sebab pakai life jacket. So aku pun jerit panggil geng mat saleh yang naik boat sama dengan kitorang suruh ambilkan. Diorang ni snorkelling takde nye pakai life jacket sebab pandai berenang. Aku tak pandai berenang so kena la pakai. Nasib baik la mat saleh tu ambilkan kalau tak gigih jugak la nk berenang sampai pantai tanpa alat pernafasan. Penat lak nanti kena sentiasa ambil nafas. Kalau pakai tu boleh stay lama sikit muka dalam air.





















Cantik tak gambar? on the day aku pergi tu gigih aku beli gopro semata2 nak ambil gambar dalam air semua. Pakai sekejap je lepas tu sekarang ni gopro aku tu jarang betul aku guna. Guna masa nak travel je la kot. huhu. 

Ok masa nak balik tu boat pagi jugak la so aku fikir macam lama gile nk tunggu bas pukul 10 malam dari KT ke KL. Kitorang dari Besut gerak ke kuala terengganu naik taxi. Mahal jugaklah bayar total dalam RM150 tak silap. Mahal ok. Sampai2 je KT, ada la jugak kaunter bas yang bukak so kitorang usha2 la ada je tiket gi KL. Sekali ada bas pukul 1pm. Perghhh rugi dah beli bas 10 malam. Takkan la kitorang nk tunggu sampai 10 malam kan. So nak tak nak beli je la tiket pukul 1 tu. Burnt RM40 aku hahahaha. 

So macam tu la cite kitorang gi perhentian. Plan ke laut sikit lah haha sebab masa tak kena sebab tu kot. Overall memang enjoy sebab dapat bercuti with le girlsssss. hehehe.

Will update later about my trip to Krabi pulak. See ya.