Wednesday, November 13, 2013

Northern Ireland

Alkisahhh. Lepas sebulan baru nak sambung update. Huhu. Makin lama makin malas walhal sekarang dok rumah bukan buat apa pun. Makan, tidur, masak, tengok movie. Tu je la kerja aku lagi-lagi waktu sejuk ni. Rasa nak hibernate aje.

Well aku nak sambung cerita aku pergi Ireland hari tu. Lepas jalan-jalan kat Dublin esok nya kitorang amek tour dari Dublin ke Belfast. Rasa macam rugi kalau tak pergi alang-alang dah sampai Ireland. So nak senang amek tour jela naik bas. Day tour je. Harga dia 60 euro. Company Irish Day Tour. Gerak awal pagi pukul 6 am dari Dublin. Memang kena bangun awal gila. Nasib baik tempat tu tak jauh dari hostel kitorang. Jalan kaki dalam 10 minit jer.

Perjalanan agak lama jugak tak silap dalam 4-5 jam. Sebab dia lalu country side kot tu sebab lama. Tapi pemandangan sepanjang dalam bas tu memang cantik. Driver bas akan kasik penerangan kat certain-certain tempat. Banyak lalu kat tepi pantai jugak.

Pemandangan dari dalam bas

Countryside of Northern Ireland



Destinasi pertama adalah Carrick-A-Rede Rope Bridge. Aku ni memang jenis gayat. Jambatan gantung dia takde la panjang mana pendek je tapi aku gayat sebab tinggi. Teringat kisah aku masa kecik nangis-nangis sebab takut naik jambatan gantung kat bukit cerakah. Hahaha. Sampai sekarang pun takot lagi T_T

Bas akan parking kat satu tempat ni then kena jalan menghala ke jambatan tu. Aku ingatkan dekat la sekali jauh jugak dalam 20 minit ke setengah jam kot. Ye ye je pakcik tu kata 10 minit. Tipuuu. Jalan dia ada naik tangga turun tangga, naik bukit turun bukit jugak lah. Tapi tu tak penting, yang penting pemandangan sangat cantik. Memang highly recommended pergi kalau korang nak pergi sini.


View on the way to the rope bridge

Ini la rope bridge nye. Pendek je tapi tinggi 





I love the view

Mata tak boleh bukak lagi besar. Sepet!

Nasib gambar tak gerak. Kalau rakam video ni boleh tengok
betapa cuak nya aku lalu benda alah ni




Hijau air laut

My travelmate Khai and Kak Anis. 
On the way balik dari Rope Bridge
Ni muka lega lepas lepas jambatan tu

Banyak pulak terupload gambar, baru sampai jambatan je pun. Destinasi utama sebenarnya yang aku nak sangat pergi adalah Giant's Causeway. Tengok tempat tu macam unik sebab ada batu-batu macam bentuk nut yang terhasil daripada volcanic eruption. Sangat unik ok. Cantik pulak batu tu tersusun elok je. Tak jauh tempat nya dari rope bridge ni. Dalam 15 minit tak silap aku. By the way masuk ni kena bayar tapi ada cara kalau tak nak kena bayar. Lalu laluan atas tempat tiket tu yang ada bukit sikit tu. Haha ni driver bas tu yang bagi tau. Dia kata benda ni tak illegal sebab yang bayar tu dia kata untuk dapat audio description tour yang gantung kat leher tu. 

Masa sampai sana tak hujan lagi tapi tak lama lepas tu hujan. Sobs tak dapat amek gambar banyak sangat kat sini dan langit agak gloomy jugak lah. Sejuk pun satu. 






Macam bentuk nut kan batu tu. Cantik je tersusun








Lepas gi Giant's Causeway, kitorang gerak ke city center of Belfast. Belfast ni capital of Northern Ireland. Kat sana tak lama pun dalam sejam jer. Ingatkan dapat la pergi Titanic quarter. Tapi bas tak bawak plak. If nk gi kena naik taxi. So kitorang decide jalan2 kat city center aje. Tak puas lak jalan2 kat Belfast. 


At titanic memorial



So tak lama lepas tu kitorang gerak balik ke Dublin sebab esok nya nak ke Croatia flight dari sana. Balik amek masa tak lama dalam 2 jam je sebab lalu highway je. Sampai pun dah malam dah masa tu. Balik-balik terus kemas beg sebab esok nak kena gerak pagi jugak. Next post aku nak share pasal Croatia pulak. Cantik gila tempat nya.

Till then byeee