Sunday, October 13, 2013

Day 1 - Dublin, Ireland

Destinasi pertama aku kali ni Dublin, Ireland. Sebenarnya main pilih je sebab tiket flight murah. One way ticket dari Manchester ke Dublin £14.99 je. So lepas adjust itinerary nak dapat kan total flight pergi balik murah, kitorang decide pergi Dublin dan Zadar je. Total flight dalam £60. So aku pergi dengan Kak Anis dan Khai. Kitorang gerak dari Manchester flight pukul 7.40 am. Sampai Dublin pukul 8.45 am. Sampai - sampai je Dublin, kitorang naik bas ke city center. Sebab nak senang kitorang amek package 3 day freedom ticket termasuk hop on hop off bus, Airlink airport transfer pergi balik dan public transport kat Dublin untuk 3 days. So dalam 25€ je per person. Ok la kot. 

Lepas sampai city center, nak pergi letak beg dulu kat hostel. Tak boleh check-in lagi sebab check in pukul 2.30 pm. Kitorang stay kat Abbey Court Hostel. Murah je duduk hostel ni semalam £14 je. Hehe aku kalau gi mana2 mmg dok hostel je sebab nak murah punya pasal. Lagipun kalau nk yg mahal-mahal dan selesa pun rugi gak sebab banyak masa nak berjalan je bukan nak duduk dalam hostel je kan. Hostel just untuk tido jer. Hostel ni not bad la jugak aku pilih yang 6 bed dorms female only. Aku dan Kak Anis yang female je. Khai kat mixed dorm. 

Hostel ni banyak sangat facilities diorang provide, macam2 bilik ada. Contohnya games room, hammock room, cinema room, common room dan macam-macam lagi la. Kitchen pon agak besar dan kalau nak masak apa-apa mmg senang. 


Nice kan?

Lepas je breakfast (makan cekodok bawak all the way from UK, haha), kitorang keluar jalan-jalan Dublin. Unfortunately, hari tu hujan. Leceh la jugak, sempat sambar baju hujan kat Penneys (Primark kalau kat UK). So sebab hari hujan kitorang jalan naik bas hop on - hop off je senang. Boleh tengok semua tempat dan ada live commentators daripada driver bus. Sejuk jugak la masa tu sebab hujan kan. Mula2 ingat nak pusing seround dulu dalam bas then lepas check in hostel baru pergi tempat2 menarik tu. Last2 bila dah petang kitorang nak pergi tempat yg dituju tu sekali tersalah naik bas. Ternaik bas hop on hop off yang route lagi satu. Route yang lagi jauh. Then decide habiskan jela yang ni sebab lagi pun dah nak gelap masa tu. Hoho.


Jambatan bentuk harp. Kat sini popular dengan harp.

Atas bas hop on - hop off





Souvenirs yg mostly warna hijau

At the city center


Hard rock cafe Dublin





The Dublin Bus Tour

Disebabkan masa yang suntuk kitorang memang duduk atas bas jer. Dapat tengok banyak attractions tapi tak ambik gambar banyak. Sebab ada jugak yg masa tu dah malam. So tu je la kot kat Dublin. huhu. Rasa kejap la pulak. Next day nya aku pergi day trip ke Belfast dari Dublin. So yang tu aku cerita next entry.

Till then, byee ;)