Wednesday, September 25, 2013

Kerja part-time di UK

Masa cuti summer hari tu aku ada apply untuk jadik casual cleaner kat student accommodation. Time tu memang dia open kat ramai orang sebab musim student keluar rumah so banyak nak pakai orang. Aku pun apply la sebab masa tu aku memang dah habis kelas. Tinggal dissertation dan exam. Exam pun 1 paper bulan July. Masa mula-mula aku tak dapat pun kerjanya, tapi aku datang jer ikut kawan aku masa dia panggil interview. Last-last dapat. Hehehe. Fyi, untuk student full time tier 4 ni boleh kerja part time up to 20 hours je per week. Tapi ada je yang kerja lebih daripada tu. Jangan kantoi dah ler.

So bermula lah kerjaya aku sebagai wanita bekerjaya. Cehhhh ayat nak poyo padahal jadik cleaner je. So rutin aku kemas bilik student, kadang2 buat bedding yang ala-ala kat hotel tu, if ada conference. Tapi mostly memang kemas bilik student jer la. Kerja start pukul 9 am - 1 pm. 4 jam sehari. Kalau waktu busy boleh jer nak lama sikit sampai pukul 3 camtu. Tapi aku memang balik pukul 1 jer. Hihi. Weekend pon optional untuk siapa yang nak kerja. Aku pernah sekali kerja weekend pastu tak larat. Haha. Sebab aku rasa weekend adalah untuk rehat giteww. Kerjanya kadang-kadang penat kadang-kadang takde kerja pun. Before student keluar rumah, kitorang memang dah kerja. Time tu memang leisure gila aku rasa. Macam senang-senang jer dapat gaji. hehehe. Contohnya kena kemas dapur, 3 orang dari start kerja sampai balik. Padahal benda tu tak sampai sejam dah siap kalau buat 3 orang. Ni sampai 4 jam. hoho

Aku start kerja start 10 Jun kalau tak silap. Kira kerja hari-hari tapi ada je aku mintak cuti sehari dua. Kira flexible la, nama pun casual cleaner kan. Diorang bahagi ikut team. Dalam team tu aku sorang je perempuan. Total ada 10 orang. Dan 8 dari 10 orang tu semua malaysian. Nampak tak betapa rajinnya students malaysian mencari duit. hihi. Bukan sebab tak cukup duit tapi nak duit lebih. 

Ok cite pasal gaji pulak, kitorang dapat sejam around £7. Bila tengok gaji hujung bulan kan, terus tak rasa penat kerja. Bagi aku banyak jugaklah. Paling banyak aku dapat sebulan dalam £750. Kalau convert duit malaysia macam gaji engineer tak? hihi. Kerja aku ni engineer gak, floor engineer. wakakka

Total dapat sepanjang kerja selama lebih kurang 2 bulan. 

Floor engineer sedang beraksi bersama Henry

Masa raya hari tu aku mintak cuti la 2 minggu. Nak raya lepas tu nak fokus buat dissertation sekali. Lepas tu, dah habis dua minggu aku rasa macam malas nk kerja balik. Dengan tak bagitau supervisor nya, aku senyap camtu jer. hahaha. Mula-mula nak call bagitau tapi aku ni jenis takut nk cakap, tangguh punya tangguh tu yg senyap je last-last. Sabo jela. Takpela yang penting gaji last aku dapat. hihihi. 

So, at least ada la jugak pengalaman aku bekerja kat negara orang even kerja biasa je pun. Pengalaman tu yang penting. Duit no dua. Cewahh.

Ok tu je nak cerita pasal kerja aku. bye