Sunday, September 22, 2013

I finished my master

Alhamdulillah. Jumaat lepas aku dah submit dissertation aku untuk master. Dissertation ni kira yang paling last kena hantar before boleh grad. Doakan aku dapat grad ok. Konvo uni aku bulan januari. Lama lagi nak kena tunggu. So aku memang plan nak stay sampai konvo. Tapi tu depends jugak lah tah cukup duit tah tidak. Aku plan nak mintak kerja if tak dapat kerja tetap kerja part time pon jadik sementara nak tunggu konvo tu takde buat apa- apa kan. Aku memang tak nak miss konvo kali ni. Yela kan masa degree aku tak dapat attend konvo kalau master pon tak dapat pergi memang menangis lah. huu. 

Sekarang dah free tak tau nak buat apa. Berjalan je la kot menghabiskan duit. hehe. Hujung September ni plan tak confirm lagi nak ke mana. Tapi bulan October aku akan pergi Ireland and Croatia. Yeayy. Target nak pergi total 10 negara. Sekarang baru pernah jalan 6 negara tak termasuk UK. So kalau tambah Ireland and Croatia, ada lagi dua. Maybe tu pergi time winter la kot. Entah-entah tak sempat sampai Januari dah takde duit. Pengsan.

Sebenarnya alang-alang dah ada kat sini tu yang aku berjalan. Bukannya apa, nanti dah balik Malaysia, nak datang sini bukan nya senang. Kalau ada duit banyak boleh la. Kalau macam aku ni, tunggu kerja 5 6 tahun baru boleh pergi lagi agaknya. 

Muka happy lepas submit :)

My dissertation

Nota setahun punya

Sekarang dah masuk sem baru. Ramai gak kawan-kawan aku dapat sambung master ke UK. Yang sambung course sama dengan aku pun ada, juniors SKK 3 orang lagi. hehe. Nanti ada masa nak pergi melawat kawan-kawan aku yang baru sampai. 

Ok bye. Nak berehat sebab baru lepas selesai mengemas bilik. Flat habis dah. See yaa :)