Saturday, August 31, 2013

Beraya di UK

Hampir dua bulan tak menjenguk blog. Hari ni menyempatkan diri update kejap. hehe. Sebenarnya tengah busy buat dissertation. Submission 20hb September. Tak lama je lagi T_T

Tahun ni aku beraya kat UK. First time beraya berjauhan dengan family, beraya di perantauan. Sedih la jugak. Hari pertama raya tu aku pergi sembahyang raya bersama student malaysia yang  lain kat PMC, Sheffield. Ni anjuran PMPMS (Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Sheffield). Ramai jugak rupanya student malaysia yang ada kat sini lagi even ramai student undergrad dah balik. Feeling jugak macam raya kat Malaysia. Makanan-makanan pun semua sedap-sedap.

Aku pergi dengan housemates yang lain naik taxi. So sampai-sampai tu solat raya, lepas tu ada persembahan dari adik-adik dari sekolah Malaysia. Diorang ni anak-anak student phd. Diorang buat persembahan lagu raya balik kampung dengan lagu suasana hari raya. Lepas tu makannn. Tu yang dinantikan sekali hahaha. Aku pakai baju lama je sebab mak tak sempat buat baju raya huhu. 




My housemates ;)
With Hannah
Menu di rumah Zura
Semangat patriotik ok

Lepas balik dari majlis tu, aku pergi beraya rumah kawan-kawan kat Sheffield dalam 3 buah rumah. Memang kenyang sangat-sangat lah. Banyak sangat makan. Rumah aku tak buat rumah terbuka first day raya tu sebab dah agak akan ada ramai rumah buat makan-makan masa tu. So kitorang buat rumah terbuka raya kedua. Malam sebelum tu bertungkus lumus kat dapur memasak. Tugas aku masak kuah lodeh. First time buat kuah lodeh, kira jadik la jugak kot sebab ada orang puji sedap hahaha :)



My friends
Kawan-kawan datang beraya rumah

Masa majlis raya tu aku jumpa one of my blog reader. Tiba-tiba dia tegur, ni NUR HIDAYAH ISA kan? Aku pun jawab aah, macam mana kenal? Dia cakap dia baca blog aku. Hehehe. Gituuu ;) Kenal kan Aisyah Zakaria. Dia kerja kat Sheffield.


With Aisyah