Wednesday, July 03, 2013

Usia

Dua minggu lepas genap lah umur aku 24 tahun. Lagi setahun nak jadi suku abad. Kadang-kadang rasa macam tak percaya, cepatnya masa berlalu. Terima kasih dekat semua orang yang wish dan bagi hadiah. Bila umur makin meningkat ni, orang akan tanya, bila nak kahwin. Sebenarnya masa zaman degree dulu siap ada target umur 24 ni nak kahwin. Haha. Sekarang takde fikir dah. Nape tah. hmm. Yang penting nak habiskan belajar dan dapat kerja. Nak jadi career woman dulu. Kononnya. Just go with the flow orang kata. Adik aku sampai nak dapat baby dah. hee. Balik nanti aku akan dapat lagi dua orang anak buah ^__^

Kelmarin aku baru habis satu-satunya paper untuk course aku ni. Soalan memang dia cycle previous questions papers. Untuk junior-junior yang bakal datang kalau nak contoh soalan past years nanti boleh la roger ye. Satu paper £1. Hahaha takde lah gurau je. Tapi aku jawab pun takde la yakin sangat sebab buat latihan soalan-soalan tu semua takde jawapan yang betul. So bila jawab exam pun, tak pasti solution tu sama ada betul ke tak. Hopefully ok la kan. 



Dan baru tadi dapat email daripada secretary course. Guess what she said?



Cepat giler exam result keluar! Berdebarnya


Lepas exam habis, so tinggal dissertation jer lagi. Aku kena buat project pasal production of hydrogen from wind turbine. Kena buat risk assessment of the plant. Harap yang ni ok jer takde masalah. Kalau semua nya ok, lagi 3 bulan aku akan habis belajar. Woha! Feeling excited sikit.


Ok see you later :)