Wednesday, May 22, 2013

Safranbolu - UNESCO World Heritage City

Nak sambung entry kisah ke Turkey aku. Kalau lengah-lengah sampai ke sudah tak update. Easter break punye cite padahal dah teaser bagai dah last-last tak update pon. Skip nanti la cerita pasal ni dulu sementara tak lupa. hakhak. Nak buat travel journal kononnyaaa la kan. Ok next destinasi lepas Bolu aku pergi Safranbolu. Dari Bolu dalam sejam jer. Naik bas ke Karabük lepas tu naik bas lagi dari Karabük ke Safranbolu. Kat sana ada Şeyma (adik Enes). Dia study kat Karabük University. So dia la yang tukang bawak jalan-jalan. Umur dia 20 tahun. Cantik pulak tu mata biru. Rasa rendah diri dok sebelah dia. hihihi. Safranbolu ni is one of UNESCO World Heritage City. Macam Melaka lerrr.

Rumah kat sana mostly macam ni

The old House

Meet Şeyma Nur Çağalı

Abang dan adik


Masa baru sampai sana kitorang nk carik surau, lepas tu kena tahan dengan budak-budak kat bawah ni. Mmg hyper gila budak-budaknya siap suruh tangkap gambar diorang. Pastu macam nk rampas camera kitorang. Tarik-tarik bagai. Bahaya betul. Cepat-cepat kitorang lari dari situ. 




Kat sini bangunan-bangunannya agak lama. Tempat tinggalan sejarah. Dan jalannya pulak berbatu-batu. Dah la aku pakai ankle boot yg ada heel masa tu. Sabo jelahh. 





Jalan-jalan amek gambar bangunan dan menikmati pemandangan yang cantik. hehe. Lepas tu banyak gak kedai souvenir kat situ. Menarik gak barangnya dan tak berapa mahal sangat. Kat sini popular dengan batu-batu warna warni kat atas ni. Dia bakar benda tu guna api sebijik gak macam aku tengok kat Murano, Venice. Camni jugak la lebih kurang tapi kat sini more to evil eyes pendant. Memang popular benda ni kat Turkey kat mana-mana jumpa. Benda ni kononnya dapat melindungi diri dari kuasa jahat camtu la. Cantik jugak la and aku ada beli gelang evil eyes ni. hihi




Ok lepas penat jalan kita pergi makan. Lupa apa nama restaurant tu tapi menarik la restaurant tu macam classic sikit. Duduk kat bawah ala-ala jepun gituu. Makan apa aku tak ingat tapi air diorang order air ayran. huhuhu. Tak sedap air tu aku tak minum pon. Ayran ni dibuat daripada yogurt. Pastu rasa nya masin. eh ke masam aku pun lupa. Memang tak boleh minum langsung. Harap diorang tak kecik hati la aku tak minum. Last2 enes yg minum. huhu. 


Ni kat restaurant tempat kitorang lunch

Lepas tu jalan lagi carik souvenir dan lepas tu balik ke Bolu balik. Ni hari yang ke-enam aku kat Turkey. So lepas balik Bolu tu, esoknya gerak pergi Kayseri. Kat sana rumah akak enes pulak. Ok next entry ye..

Toodles ;)