Saturday, May 04, 2013

İstanbul Aku Datang

Merhaba! Macam cliche sangat tajuk post entry tu. haha. Semua gara-gara cerita Istanbul Aku Datang. Tak kisah la yang penting sekarang nak cerita pasal Istanbul. Sekarang baru free sebab baru tadi hantar assignment aku. Assignment second last. Lepas ni tinggal lagi satu lepas tu habis coursework. Tinggal exam dan dissertation aje. huhu. 

Banyak pulak membebel. Cerita dia hari tu aku pergi Turkey. Nak cerita pasal pergi Italy, Paris and Brussels tapi dah lama sangat. Basi dah. Pastu ada gambar yang dah takde. Sobs. So cerita pasal Turkey je la. Yang lain tu tengok la kalau rajin. Plan memang nk cerita semua kat blog buat kenangan-kenangan. Tapi apakan daya, sifat malas mengatasi segalanya. 

Aku pergi Turki daripada 10 hb sampai lah 19 hb. Lama jugak lah dekat 10 hari. Aku pergi sorang je dari UK. Aku naik flight dari London Gatwick, naik Turkish Airlines. Tiket flight return £150. Agak mahal la, tapi ok sebab dapat luggage allowance. Kalau naik easyJet kena berkira-kira pulak nanti takut terlebih barang. So, aku pilih je Turkish Airlines ni. Masa atas flight dah nak sampai tu, tengok Istanbul dari atas memang padat gile. Bangunan-bangunan semua rapat-rapat. Bila baca-baca balik patutlah, Istanbul is among largest cities in the world by population within city limits.

Aku pergi sana jumpa kawan aku, Enes. Dia orang Turki. Kalau korang pernah baca blog aku zaman-zaman hingusan dulu korang kenal kot sape. Hahahaa. Segan nak ingat balik :p Tapi tu la, we finally met after 6 years. huhu. Sampai kat Istanbul aku stay kat sana tiga hari kat rumah kawan Enes. Memang jimat jugak la sebab bab accommodation memang tak keluar duit langsung dari awal sampai lah balik. hehe. 

First day sampai tu tak jalan mana-mana sangat. Cuma jalan area Taksim jer. Hari kedua dan ketiga baru jalan banyak sikit. Masa hari kedua tu, kitorang naik Bosphorus Cruise. Best sangat aku rasa sebab pemandangan sangat cantik. Lepas tu ada burung-burung terbang. Kalau korang baik hati boleh beli kuih (kuih yang selalu aku nampak kuih yang banyak bijan tu. tak tau apa nama) bagi makan burung. hehehe. Kat dalam cruise tu nanti ada orang jual-jual jugak lah. Ada tea, coffee dan makanan-makanan. Dah la banyak kali lalu suruh beli. huhu. Aku tak ingat lak berapa naik cruise ni. 20 TL kot. huhu. Lama jugak la dalam 2 jam gitu. Dia ada berhenti amek penumpang kat certain-certain tempat. Istanbul ni dia ada dua side. Satu side Europe, satu lagi anatolian side which is Middle East Asia. 

Ni kat bahagian belakang. Kalau bahagian depan dia macam ada bumbung

What a nice view 


Ini tourist guide merangkap photographer aku, haha. Enes Çağalı. 



Lepas naik cruise kitorang pergi jalan-jalan kat area Yeni Camii Mosque. Dekat dengan Spice Bazaar. Kat Turkey ni, korang jalan sikit je dah nampak masjid. Masjid memang banyak sangat kat sini. Dekat-dekat sangat pulak tu. Kat area masjid ni banyak pigeons. Siap ada orang jual makanan burung nk kasik makan. 1 Lira jer. Tapi masa aku pergi tu ada makcik tu tabur satu beg plastik beras. Banyak gile. Memang berkerumun la burung kat situ. 

Yeni Camii Mosque



Banyak kan burungnya. 

Dekat dengan masjid ni ada spice bazaar. Kat sani banyak jual spice, turkish delight, dan sourvenir. Menarik jugak lah. Turkish delight tu dia bagi rasa sebelum beli. So, boleh pilih mana yang sedap. Harga turkish delight tu 1 kg dalam 18 Lira. Kalau tak silap lah. Souvenir pun murah-murah jugak kalau nak compare dengan Europe. T-shirt pon dalam 10 Lira jer dalam £3.50. 


Evil eye
Tak ready lagii

Mangkuk camni popular kat sini

Lepas tu ingat nak pergi masuk muzium Haghia Sophia tapi tutup pulak sebab dah petang. Dia tutup dalam pukul 4 camtu kot. Kitorang sampai dalam pukul 5. So, decide esok je la pergi muzium tu. Dekat dengan Haghia Sophia tu ada satu park nama dia Gülhane Park. Cantik sangat sebab banyak tulis. Very colorful. Geram je aku tengok rasa macam nak petik.






Cantik kan tulip. Tulip asalnya memang datang dari Turki. Tapi dah di bawa ke Europe. Sekarang Amsterdam yang popular dengan tulip. Esoknya pulak pagi-pagi lagi keluar sebab nak pergi Haghia Sophia and Blue Mosque. Pergi awal sebab petang tu parent Enes nak datang amek. Rumah tempat aku stay kat Istanbul ni kat belah Asia, so setiap hari nak pergi belah Europe kena naik ferryboats. Naik ni cepat sikit compare dari naik metro. Sebab kalau naik metro kena tukar-tukar naik bas pulak. Dia takde metro yang direct terus ke Istanbul. Kalau nak naik metro disarankan beli Istanbul Kart. Kalau tak mahal gila single ride 3 L. Even tukar line metro pun kena beli baru. Lambat jugak kitorang discover pasal Istanbul Kart tu. hehehe. Enes orang sini pon tak tau. haha. Sebab katanya jarang datang Istanbul. huhu. Hari ketiga pakai kad kawan Enes untuk transportation, dia cikgu so kad dia lagi murah. Berbaloi-baloi. hehehe. So hari ketiga pergi Haghia Sophia or Aya Sofya in Turkish. Masuk sini 25 TL. Haghia Sophia ni dulu mula-mula asalnya adalah Church, lepas tu jadik Masjid dan sekarang jadi muzium. So kalau masuk dalam ni ada unsur-unsur kristian dan Islam. 

Ni la Haghia Sophia






Lepas tu pergi Blue Mosque. Dekat je dengan Haghia Sohia ni. Nama tempat ni Sultanahmet. Masa aku pergi tu time diorang nak solat jumaat. Time tu dia tak bukak untuk visitors sebab ramai orang nk solat. Memang ramai. Aku masuk lepas habis solat jumaat. 









Masa hari ketiga ni Istanbul panas sangat. Matahari terik. Dah la kitorang banyak kali sesat. Cranky terus aku dibuatnya. Tapi masa kat Istanbul je panas dah sampai Bolu dan hari seterusnya banyak kali hujan pulak. Hehehe. So, tu jela cerita pasal Istanbul. Nanti aku sambung yang pergi tempat lain pulak. Aku ada pergi Ankara, Bolu, Safranbolu, Kayseri dan Cappadocia. 

Sebelum aku mengakhiri entry ni, nk post video Enes nyanyi lagu Najwa Latif. Peminat no 1 tau. Aku pon sangsi macam mana dia boleh kenal Najwa Latif. Asik la nak kosong kosong je. Penat nak dengar. Hahahha. 



Ok byeeee!