Tuesday, May 14, 2013

How is my life here

Diam tak diam dah 8 bulan aku kat UK. Rasa macam baru hari tu je sampai. Cepatnyaaaa masa berlalu. Dalam masa 8 bulan ni ada banyak kisah suka duka kat sini. Cewah. Tapi mostly banyak yang gembira la. Hehe. Kalau korang nak tau, aku dah pindah rumah. Ada masalah sikit dengan rumah lama. Tapi aku malas nak cerita sangat pasal rumah lama ni. Biarkan la benda nak lepas malas nak fikir-fikir balik. Let bygone be bygone kata orang. hahaha. But now i'm happy with my new house. Rumah baru aku ni ramai housemate, rumah ni bilik ada enam tapi yang occupied baru 5. Housemates aku semua dari kalangan student PhD. Aku sorang je yang master. Well aku paling muda lah kan. hihihi. Kebetulan pulak salah sorang housemate aku ni, schoolmate dengan kakak aku kat MRSM Muar dulu. What a coincidence. hehe. Yang best kat rumah ni ada turn masak. Best la bagi aku sebab aku memang suka makan. hahah memang dasar. Kakak2 pon masak sedap2. Dan kakak2 pun puji aku masak sedap (perlu ke mention, hahaha). Anyway, bilik kat rumah ni besar dari rumah lama aku dan sangat puas hati. Sebulan £200. Ok la kan. Tapi rumah ni rumah lama sikit la, my previous house macam lagi baru. Tapi previous house aku tak suka coz bilik kecik sangat. Harap ruang tamu aje besar. This one is much better :)





Itu la rupa bilik baru aku. Hehe. Before ni aku tak suka study kat bilik lagi prefer pergi library, but now study kat bilik pon dah ok. Tapi problem nya katil memanggil2 lah. hahaha. So sekarang kelas aku dah habis dah tinggal nak exam dan siapkan dissertation. Harap semuanya okay dan takde la module2 yang sangkut. Kalau tak, kena stay lagi kat UK ni. Hamboih. Mintak simpang. 

Sekarang tengah musim spring. Cantik sangat sebab bunga banyak. Cantik-cantik pulak tu. 





Well hari tu ada sambut birthday kawan aku, Ameer. Kitorang pergi main laser tag. First time main benda alah ni. Before ni tak pernah pun main. Hehehe. Tapi even tak pernah main pun, aku dapat mata tertinggi masa first round. Bangga kejap. Yela dulu cita-cita nak jadik tentera tapi tak kesampaian. Hahaha. Poyo tak? :p Bila spent time dengan kawan-kawan camni, baru la rasa happy. Yela ni la kira family aku kat sini. I love them all :)

Keluarga Sheffield :)

Tengz and Ameer (birthday boy, err boy ke? haha)

Before masuk main laser tag


ye ye je pegang gun tu. hehee 


Okay, i'm gonna finish my last assignment. See ya!