Friday, May 31, 2013

Cappadocia and Kayseri

Okay ni last part kisah aku ke Turkey. Panjang betul nak cerita. Mana tidak nya, habiskan sepuluh hari kat sana. Survive jugak la aku kat sana walaupun pergi sorang-sorang. Masa mula-mula aku cakap nak pergi tu kawan aku semua bising sebab diorang cakap bahaya. Nak-nak teringat cerita Taken 2 kat Istanbul kan. hahaha. Aku cakap kat family aku nak pergi diorang ok je la sebab aku pun dah lama kenal dengan Enes tu even dengan family dia pun. Kira memang boleh percaya tanpa ragu-ragu gitu. Kalau tak percaya memang aku pun takut nak pergi. Back to the topic, lepas pergi Safranbolu esoknya kitorang pergi Kayseri. Kat Kayseri rumah akak Enes yang lagi sorang. Diorang ni tiga beradik jer. Akak dia study architecture kat Kayseri University. Pergi sana dari Bolu lama gak la almost 8 hours naik bas. Tapi naik dua first. First dari Bolu - Ankara. Dalam 4 jam then dari Ankara ke Kayseri dalam 4 jam jugak. Jauh kot. Tapi gigihkan jugak la sebab aku memang nak sangat pergi Cappadocia and Erciyes mountain.

Akak Enes ni nama dia Saliha. Aduh Saliha gitu. hehe. Kawan dia pulak nama Yasemin. Diorang  ni sangat best. Yasemin tu kelakar jugak la. Dan boleh cakap english. Akak enes macam tak bape reti sangat. Sepanjang aku kat sana asyik makan jer. Even dah tengah-tengah malam pun diorang buat something untuk makan. Memang bagus la diorang ni bab melayan tetamu. Since dari first day lagi memang makan aje keje. haha.

Saliha pakai baju peach, Yasemin baju hitam

With Saliha (gambar atas). Yang bawah dengan michael jackson.
Beria betul menari macam michael jackson.

Esoknya kitorang pergi mount Erciyes. Masing-masing macam tak tau camne nak pergi sana. Lepas tanya orang, so naik la bas tempat menghala ke Erciyes lepas tu turun kat satu tempat jalan tu split. Ingat dah nak dekat la tempatnya. Sekali jalan punya jalan, memang jauh gila. Aku dah agak dah memang kena naik shuttle dari city. Tapi kitorang dah naik bas sampai sini. Dah tengah-tengah alam ni camne nk carik transport kan. Memang takde orang lalu sangat kawasan tu. Last-last main tahan je kereta lalu kat situ. Nasib baik la ada orang nk tumpangkan. Hahahaha. Sabo jela. Naik kereta lepas tu dalam 15 -20 minit jugak la, kalau jalan tadi memang sampai malam belum tentu sampai.


Tempat kitorang turun bas. Bas pergi arah lain lepas tu

Plan awal nye nk ski la kononnya, sebab tengok gambar memang macam best jer. Lagipon aku memang teringin nk ski sebab tak pernah. Tapi tu la datang sana pun pakai nipis bodoh je sekali sejuk gile. Sampai kat tempat ski rupanya tutup sebab bukan musim. Kalau nk ski katanya kena datang time winter. Betul la kot sebab tengok kawasan tu memang lengang sangat takde orang. Tak macam dalam gambar bawah ni. Alaaaaaaa

Erciyes mountain time peak orang ski (ni gambar google)

So kitorang pergi makan je lepas tu amek gambar sikit. Tu jela. Lagipon sejuk dah masa tu sebab kawasan ni tinggi gak dan ada snow lagi.



Next day pulak pergi Cappadocia (Kappadokya). Dengan Kayseri tak jauh pun dalam sejam naik bas. Cappadocia ni ada banyak tempat. Bas kitorang naik tu berhenti kat area Avanos. Lepas tu kena naik bas lagi sebab tempat2 cantik yang bukit-bukit tu banyak kat area Göreme dan Nevşehir. So first pergi Göreme. Kat sana ada tempat untuk sewa scooter, ATV, basikal. Memandangkan aku tak bawak lesen, so tak boleh la nak sewa scooter. Cet. Last-last amek basikal jer. Dah la tempat nye berbukit-bukit memang semput la nak bawah basikal. hahaha. Tapi best and fun jugak la. Memang kena try.

Kat Cappadocia ni terkenal dengan hot ballon jugak. Tapi hot ballon tu kalau nak naik masa awal-awal pagi masa sunrise tu baru ada. Kitorang sampai pun dah pukul berapa so takde peluang nak naik. Aku tak sure pulak berapa harganya tapi kalau dapat naik mesti best gilerrr. Hot ballon ni bukan macam kat Putrajaya yang dia ikat guna tali tu. Balloon ni akan naik tinggi terus. Alaaa melepas lagiiiii. Next time pergi lagi lahhh gini.

Aku mengharapkan view yang macam ni. (ni gambar google)
Jom naik basikal. 

Cantik kan batu-batu.



Cappadocia ni memang popular dengan batu and cave macam gambar kat atas ni la. Siap ada rumah, hotel, museum dan restaurant dalam cave. Kat sini banyak gak kedai souvenir. Banyak choice la kalo nak beli. Harga pun boleh tahan murah. Lepas pergi Goreme ni kitorang pergi area Nevsehir dan Uchisar sebab nak pergi castle kat sana. Semua tempat-tempat ni boleh access naik bas jer. Dan macam biasa la sesat-sesat tu mesti ada. Hahaha. Sampai kat area uchisar tu kitorang masuk castle dalam tu. Harga 5TL jer. Murah kan. Castle ni katanya top of cappadocia. Sebab bila naik sampai atas memang boleh tengok view of cappadocia. Memang cantik sangat.

Kat belakang tu Uchisar Castle

On the way naik atas. Mula-mula kena masuk cave pastu ada tangga camni

From the top. Gayat sebenarnya ni. haha

View dari atas
Souvenirs

Dalam pukul 7 camtu nak carik bas balik pergi Avanos (naik bas dari sana). Tapi tak jumpa. Dah nak gelap dah masa tu. Aku dah cuak jugak sebab tengok last bus nak balik Kayseri dalam kol 8-9 macam tu. Takut tak sempat nak kejar bas balik. Aku dah risau dah sebab kalau tak sempat kejar bas tu, flight pagi esok kemungkinan aku akan miss. Cari punya cari memang takde bas. Last-last buat macam kat Erciyes tahan kereta je tepi jalan. Kahkah asal boleh jer. Nak pulak orang nk tumpangkan masa tu dah gelap dah. Last-last ada satu bas ni baik hati nak tumpangkan. Bas tu takde penumpang pun, bukan bas shuttle tapi bas travel gitu lah. Dia kata dia boleh tumpangkan sampai Goreme je. Tak boleh sampai Avanos. Kitorang naik je la at least dah dekat sikit. Sampai Goreme try carik bas kot-kot ada bas straight pergi Kayseri. Nasib baik adaaaaaaa. Lega habis.

So sampai rumah siap-siap kemas semua sebab esok nak balik pagi. Dari Kayseri - Istanbul aku naik flight sebab kalau naik bas lama sangat. Naik flight senang sebab dia turun kat Airport Istanbul Ataturk terus. Flight ke UK aku dari airport tu. Pagi-pagi tu dah call taxi utk ke airport. Flight pagi kol 8am. Flight dari Istanbul ke London pukul 12.20 pm. 

Ok sampai situ je la cerita aku kat Turkey selama 10 hari. Tu pon ada lagi tempat tak jalan sebab Turkey ni besar. Maybe next time boleh pergi lagi. Kalau ada masa dan duit la. haha. Aku pergi ni jimat la jugak sebab takde keluar duit untuk accomodation dan makan. Sangat berterima kasih especially to Enes and family sebab bawak aku jalan-jalan, sediakan tempat tinggal, makan etc. Tunggu diorang datang Malaysia la aku balas jasa balik ek. hehe


Ok byeee !