Tuesday, May 07, 2013

Ankara and Bolu, Turkey

Kat facebook sekarang ni asik la baca pasal politik jer. Naik mual dah aku. Scroll punya scroll, tak sah kalau takde orang post pasal politik. Aku malas nak amek port. So, mari berblogging. hee. So ni sambungan entry untuk kisah aku di Turki. hee. Banyak part ni. 10 hari punya travel. Lepas jalan-jalan kat Istanbul, kitorang pergi Bolu. Rumah Enes ni kat area situ. Hari last masa kat Istanbul tu, parent dia datang amek. Jauh jugak la Bolu ni dengan Istanbul. Dua ke tiga jam tah. Masa tu aku dah siap-siap la pakai ayu-ayu sikit sebabnya lepas tu direct pergi rumah cousin dia sebab ada majlis pertunangan. Hehe. Masa sampai-sampai tu aku ikut mak Enes (aku panggil Hicran teyze (Aunt Hicran)) pergi naik kat atas area perempuan. Masuk-masuk jer semua orang pandang aku. Dah macam alien aku rasa. Yela, diorang cakap kat sini jarang ada foreigner datang, so macam jakun sikit lah. Aku mestilah awkward gile kot. Diorang tak boleh cakap English sangat pon, so macam anjing dan kucing cakap jugak la. Yang aku tau, Merhaba (hello) dengan teşekkür ederim (terima kasih) jer. hihi. Tak sempat belajar banyak2. Ok jom tengok gambar.


Diorang nak bergambar dengan aku, rasa glemer kejap. huahua

Budak kecik dua orang tu comel giler. Pandai gak cakap english. 
Mak Enes yg pakai baju biru tu, Aunt Hicran


Masa ni diorang tengah menari. Aku tengok jela tak reti aku nk menari. hehe
Asal tah aku senyum gitu. hahaha. Yang bertunang pakai baju merah tu.
Muka sebijik macam kakak Enes.

Hantaran yang sangat bersederhana aku rasa. Meh aku zoom lagi

Nampak tak? Hantaran berupa ubat gigi, berus gigi dan deodorant je. Kau hado?

Kalau kat Malaysia bagi hantaran macam ni, memang sampai setahun la orang dok mengata. Yela kat Malaysia hantaran nak grand jer. Tak pernah lagi la jumpa hantaran orang bagi ubat gigi and berus gigi ni kan. Hihi. 

Ok esoknya kitorang pergi Ankara, pergi awal pukul 6 pagi bertolak dari Bolu sebabnya Enes kena pergi amek military exam. Ankara dari Bolu dalam 2 jam lebih jugak sebab tu kena bertolak awal pagi since exam nye start pukul 9 pagi. Memang tak sempat breakfast before nak pergi tu. Masa dalam perjalanan tu tiba-tiba je berhenti kereta kat tepi. Aku dah pelik dah kenapa. Lepas tu tengok Aunt Hicran pergi kat boot kereta bunyi pinggan mangkuk gitu lah. Rupanya dia siapkan breakfast untuk Enes before sit untuk exam. Gitu sekali. Siap buat breakfast dalam kereta. Breakfast sandwich and turkish tea. Hihihi kalau kita memang takde lah siap bawak breakfast dari rumah semua kan. 

Lepas hantar Enes kat tempat exam tu aku ingat parent Enes nak bawak aku jalan-jalan la kan. Rupanya, tak. haha. Dah la translator dah takde. Communicate pon mengharapkan dictionary dalam phone aku je. Kitorang tunggu Enes kat dalam kereta selama 3 jam. Mak Enes siap buat breakfast jugak lepas tu makan dalam kereta. hehehe. Kalau kita la kat Malaysia, memang takde la nak makan siap buat breakfast dalam kete. Paling-paling pun mesti singgah kedai makan kat kedai ye dak? Ni siap bawak pisau, potong-potong semua dalam kereta. Dengan siap tea lagi. Sampai tumpah-tumpah tea bapak dia minum. Dah la kereta baru beli. hihihi

Tu dia breakfast. Tak full sangat gambarnya. Diorang tau aku suka
Nutella siap yang besar sekali bagi. hehe

Aunt Hicran and Uncle Murteza. Baik sangat diorang ni.

Ok selama tiga jam tu ada gak keluar kejap pergi kedai. Selebihnya dok dalam kereta sampai lah pukul 12 pm. Lepas je Enes habis exam tu kitorang pergi area Ankara city. Jalan-jalan kat situ. Mula-mula pergi shopping mall. Kat Turki ni security agak ketat la bagi aku. Contohnya kat airport pun nak masuk dalam kena security. Biasanya kalau nk pergi boarding jer kan kena security2 ni. Lepas tu, nak masuk shopping mall pon kena lalu security jugak yang macam kat airport tu. Pelik pulak aku apsal ketat sangat security dia. Kat shopping mall tu kitorang lunch aje pastu jalan-jalan.



Ni rumah tradisional kat Ankara

Rumah kat bukit. Enes kata tu rumah setinggan.

Ankara Castle



Malam lepas balik Ankara ni Aunt Hicran ajak pergi event orang bertunang lagi. Banyak betul orang bertunang. Majlis ni untuk perempuan2 aje sebab diorang pakai sexy dan menari2. hehehe. Aku pun ikutkan aje la. Best gak dapat tengok culture orang. Tengah dok tengok-tengok tu diorang ajak menari. Aku mana reti menari last2 aku try la jugak sbb taknak menghampakan diorang. Bride pulak tu yang ajak. Dah macam ape je dah aku. Kayu je. Kahkah. Ada video mak enes rakam tapi sampai sekarang aku tak nak tengok sebab malu. 



Macam majlis berinai kot. Diorang siap bagi inai

Esoknya pulak, pergi city centre Bolu.  Nak pergi ada satu charity event ni untuk Syria ke Palestin ek. Lupa lak. Macam ada jual-jual la. Kat sana ada jumpa sorang perempuan British dari Edinburgh. Dia kawin ngn orang Turki. Jumpa jugak la orang yang boleh aku borak-borak without translator. Hehehe. Dia dah lama dok turki so memang dah boleh cakap turkish dah pun. 





Lepas tu, pakcik Murteza datang amek. Masa ni hujan je dah. Kat Istanbul dengan Ankara je yang panas. Kitorang pergi lunch kat area  situ gak. Lepas lunch diorang bawak pergi Gölcük Lake. Aku tengok kat google memang cantik sangat tempat ni. Tapi masa aku pergi tu hujan, so agak berkabus memang lake tu tak nampak langsung. Berkabus tebal sangat. So tak amek gambar sangat.

Having lunch
Ni la Gölcük Lake tu. Cantikk kan. Gambar ni dari google
Tasik kat belakang tu memang tak nampak ape.



Lepas tu pergi kampung diorang. Singgah kejap je tak lama pun. Jumpa sedara mara diorang borak2 kejap pastu pergi singgah minum. Kali ni minum Salep. First time rasa. Before ni asik minum tea jer. Salep ni rasa macam air santan. Tapi sebenarnya air tu dari tepung. Boleh tahan sedap jugak lah. Lepas minum-minum singgah rumah atok Enes pulak. Dah pernah jumpa diorang dah masa majlis tunang hari tu. Semalam pon ada pergi tapi takde amek gambar. Hari last ni baru ada amek gambar dengan diorang. Baik sangat. Atok dia dulu Imam kat kawasan tu. Before balik dia bagi aku Al-Quran sebagai hadiah. Dalam bahasa turki hadiah diorang cakap hediah. hehehe. Tapi Al-Quran tu macam lain sikit tulisan dengan yang selalu aku baca. Tulisan macam Al-Quran yang lama tu. Sebab tak biasa so ada kadang2-kadang macam confused. Tulisan dia yang macam dalam gambar ni




Dede ve Babaanne. Atok dan nenek dalam bahasa turki. hehehe.

Aku stay kat Bolu sampai 15 April. Esok nya pergi melawat adik Enes kat Safranbolu. Next entry aku cerita pasal sana ok. Byeeeee :)