Monday, February 25, 2013

Lambat

Hari ni sesi nak meluahkan perasaan sikit. Asyik cerita pasal jalan-jalan je boring gak. Nanti ada orang komen ko ni berjalan je kerja, bila masa nya belajar. (Sentapp mak nokks. Ok yang tu mak aku sendiri yang komen kat fb. Woha :p) Sejak dua menjak ni perkataan slow, lambat, lampi macam dah sebati dalam diri aku. Kawan-kawan aku kat sini yang gelar aku macam tu. Sebabnya aku memang slow, lambat nak paham apa orang tengah cakap, orang buat lawak ke apa ke mesti aku akan tanya 'KENAPA PULAK?' Sampai diorang cakap 'A joke isn't funny if you have to explain it.' Ke sebenarnya joke diorang tu memang tak lawak sebab tu aku tak gelak. haha. Yang paling tak boleh blah sekali, kalo ada kawan-kawan aku yang lain yang lambat pick-up/paham apa yang orang tgh ckp, diorang terkena EDA syndrome. Sabar jelah. Nasib baik ada orang ckp aku cute in my own way :') *perlu ke mention kat sini*. Hakhak jangan muntah hijau ye.

Sebelum ni masa kat UTM aku takde la macam ni. Mungkin perubahan cuaca buatkan aku makin slow kot *tak masal*. Masa kat UTM dulu aku selalu bahan Lina cakap dia slow, slow kat sini macam orang cakap lambat paham, and blur-blur gitu lah. Aku dengan Ika selalu bahan and kenakan dia. Tup-tup kat sini orang cakap aku pulak. Haa, mungkin tu jugak salah satu sebabnya kot. Kena balik kat aku. Adoii.

Apa-apa pun, tak kisah la orang nak cakap ko macam mana pun, just be yourself. Kalau tak paham tu buat-buat jelah macam paham. Kawan-kawan aku pon banyak yang lagi tua dari aku. So pemikiran tu kadang-kadang lain. Mungkin diorang lebih matang ke kan. Kononnyaa.

Btw, salah seorang kawan aku kat Sheffield ni, Iman dah balik for good. Dia kat sini pun 6 bulan je. Among my friends, dia lah yang paling muda sekali. Sedih. All the best to Iman!

Iman yang sebelah aku pakai tudung color cream bunga-bunga.

Ok, bye