Wednesday, January 16, 2013

It's Snow!

Sebenarnya sejak dari bulan November ke Disember hari tu aku tunggu snow ni. Yela tengok kat weather forecast kata nak snow sanggup berjaga malam engko. Tengoklah betapa semangatnye kan. Orang jakun tak pernah tengok snow camni lah. Pernah main snow kat genting tu jer. hihihi. Tapi tu snow tipu sangat tak sama. Setiap hari tengok weather forecast dengan harapan akan snow. Last2 asik salah je aku terus dah malas nk amek tau dah.

Tapi hari tu tiba-tiba temperature drop. Tengok kat weather forecast katanya nak snow. Excited balik jadinye. Tak semena-mena. Masa stay up library nampak la snow turun tapi masa tu tak lebat sangat. Macam flurries jer. Lepas balik dari library pagi tu, aku tido la. Dalam kol 11 am macam tu Nina kejut aku. "Dayah2! nak tengok snow tak? Snow tengah lebat ni." Aku terkejut masa tu tapi terus2 tengok tingkap. Betul lahhhh. *mata berkaca* Ok tipu je nk berkaca2 kan. Tapi excited sangat. Nina suruh cepat siap2 jom pergi amek gambar. Apa lagi basuh muka sikit2, sarung baju terus keluar pergi Weston Park. hahaha. Masa tu snow memang lebat jugak la. Best sangat!










Harap2 akan ada snow lagi nanti sebab tak puas main snow. Kejap je snow dah cair. hehehe. Ok nak cerita tu je. Bye saya nak kejar deadline lusa! O_o"