Monday, October 15, 2012

Officially Graduated

Hari ni bila bukak facebook asyik nampak gambar konvo kawan-kawan je. Sedih jugak sebab tak dapat datang. Tengok gambar diorang semua macam happy2 je. I wish I was there :'( Tapi apakan daya tak dapat pergi sebab jauh. Esok pulak kelas dah start. Tapi takpelah, mungkin takde rezeki aku kot. I missed one rite of passage. Apa-apa pon, aku still dah officially graduated in Bachelor of Engineering (Chemical) from UTM. 4 tahun aku kat sana akhirnya dapat jugak segulung ijazah. Macam tak percaya pulak. Cewahhh. 

A gift upon my graduation.


Gambar kat atas ni satu-satunya gambar aku pakai topi konvo UTM. Masa ni aku amek gambar untuk konvo Hasrol. Macam tak terpikir lak nak pinjam pakai jubah dia masa tu. Kalau tak, boleh gak upload gambar tu feeling2 sket. hahaha.

Nanti aku balik aku just sewa jubah je kot nak amek gambar kat studio/outdoor. Mestilah nak kena frame kan gambar konvo. Konvo master aku Januari 2014 insyaAllah aku mesti kena datang. Sedih woo kalau yang ni pon aku tak datang. hehe.