Wednesday, October 24, 2012

Library

Dalam minggu ni aku rasa tiap-tiap malam aku pergi library. Macam rasa skema la pulak kan. hahaha. Bukannya ape, kat library best sikit sebab panas. Kat rumah sejuk. Ada je heater kat rumah tapi tak boleh pasang selalu sebab nanti bil naik. So jalan terbaik pergi la library yang boleh dikatakan sekangkang kera je dari rumah aku. 5 minit jalan dah sampai. 

Tiap-tiap malam aku pergi sana sampai ada budak junior tegur, hari-hari nampak kat sini. Kehkeh. Akak ko ni gi library bukan semata-mata nak belajar, sat gi bukak facebook je dah sejam, stalk sana stalk sini, twitter lagi. Memang melaghokan betul. Assignment aku punya progression pun sikit je gerak. huhu.

Library ni best gak sebab tak skema sangat maksudnya di sini takde la kena senyap je. Leh je cakap-cakap. Kalau nak tempat yang senyap dia ada silence area. Lepas tu boleh makan. Aku siap bawak bekal lagi. Sejak datang sini, perasaan nak makan tu membuak-buak. Tiap masa ada je macam nak mengunyah. Jangan terkejut kalau aku gemuk nanti :p


Information Commons - nama library ni

Nina ye ye macam buat keje padahal facebook. haha

Syok sendiri 

Deadline assignments on 9th Nov. Dalam minggu tu pulak macam-macam tempat nak pergi. Harap dapat siapkan awal la. Lepas tu kita enjoyy!