Thursday, October 18, 2012

Bad Experience with The Banks

Kalau korang ada follow twitter aku mesti perasan aku ada marah-marah pasal bank. Dah sebulan aku kat Sheffield ni tapi takde akaun bank lagi. Kawan-kawan aku semua dah dapat debit card, semua dah boleh shopping online. huhu. Dah la duit cash pun dah nak habis. Aku nak bukak cepat sebab nak depositkan cheque yang aku bawak dari Malaysia. 


So bulan lepas aku pergi la ke Lloyds bank ni as suggested oleh kakak aku yang pernah belajar kat UK sebelum ni. Orang bank tu cakap siap dalam masa seminggu dari tarikh aku buat tu, kad akan sampai rumah. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Sedangkan kawan-kawan yang buat saing dengan aku semua dah dapat. Aku macam pelik la. Aku datang bank dia tanya, dia cakap tunggu je lagi beberapa hari, sebab banyak sangat application. Aku pun tunggu la. Dua tiga hari lepas tu, aku datang balik tanya, dia suruh aku pergi ke branch lagi satu pulak sebab dia proses kat situ. Aku pun pergi la. Then bila aku pergi sana orang branch tu cakap nama aku takde pun dalam sistem. Aku dah pelik dah masa ni. Then aku datang balik ke Lloyds yang aku buat tu, baru terhegeh-hegeh nak cek nama aku balik. Sebelum ni ko taknak cek pulak??!! Rupanya nama dalam surat universiti aku tak sama dengan nama dalam passport and visa. Sebabnya kat surat universiti nama aku BT. Tapi kat passport dia tulis BINTI. Tak boleh dia cakap. So aku kena la pergi universiti balik mintak tukar nama dan mintak surat baru. Dah la jauh Lloyds dengan uni. Lepas tukar aku pun hantar la kat dia. Dia kata siap dalam masa seminggu. 

Dah seminggu aku tunggu tak sampai lagi. Aku sabar lagi ni. Bila dah dua minggu aku dah jadik hilang sabar. Aku pun pergilah bank tanya kenapa tak sampai-sampai lagi kad aku. Dia pun cek la. Rupanya ada problem lagi dengan nama aku dia cakap surname kat passport aku tak sama dengan kat visa (refer gambar bawah). Bahagian atas tu passport, bawah visa. Kat passport dia kata surname aku NUR, kat visa pulak BINTI. Tu yang tak sama tu. Entah bila la nama tu jadik surname aku. huhu. Masa aku pergi tu aku nak cepat sebab ada kelas lepas tu. Dia kata dia kena cek balik semua dengan ofis ke apetah, tapi kena ada aku dan passport sekali. Memang tak sempat la sebab nak kena kejar kelas lagi. So aku kata takpela. Dalam hati aku, kalau nak settle kan pasal masalah ni belum tentu lagi siap kad aku tu. Tah2 masalah apa pulak yang datang pasni. Tahun depan agaknya baru siap. Yang aku geram, ada masalah, bukan nak call bagitau. Nak kita jugak kena datang. Tak professional langsung. Sebulan aku buang masa dengan bank ni. WORST BANK EVER. SUCKS SERVICE! *bukti*


Lepas tu aku pergi la HSBC nak try buat kat sana pulak. Semuanya ok la semalam, bank ni bagus sikit sebab kita punya application terus dia masuk dalam pc. So kalau ada apa-apa masalah terus tau sebab dia buat depan kita. Kalau macam Lloyds dia kumpul semua details students yang nak apply lepas tu baru nak masukkan data (patut la banyak problem). Em, dh settle semua siap dah dapat bank akaun and secure key. Aku pon pergi la deposit cek aku tu kat cheque deposit. Lepas tu petang sikit aku dapat call daripada HSBC cakap aku tak boleh buat akaun kat sini sebab aku punya passport expired date dia tak sampai 2 tahun. Yang peliknya, kawan aku ada jugak yang kurang dua tahun boleh pulak dia apply. Grrrrr. So tadi aku pun datang balik sebab nak amek balik cek yang aku deposit tu. Takdelah marah sangat yang ni sebab ada masalah dia terus call cakap on the same day. Takde la lembab macam lloyds tu. 

So tadi aku pergi student union mintak surat bank Natwest and Barclays. Lupa nak cakap, kalau overseas student kat sini nak buat bank memang kena ada surat dari uni. Aku buat je dua-dua terus sebab takut kalau ada masalah lagi so ada la back up takyah nak tunggu-tunggu. Setakat ni ok kot tapi kena tunggu sampai minggu depan la tengok kad sampai ke tak. Kalau dua-dua ni pun ada problem aku tak tau la nak cakap apa. Boleh give up aku dibuatnya nanti.

Bila dah jadi macam ni baru aku sedar nak bawak duit pergi oversea guna cek (foreign demand draft) ni agak melecehkan. Hari tu macam pernah dengar jugak orang cakap nak buat akaun bank ni kadang-kadang memang akan ada problem. Tak semua orang la tapi yang bernasib malang tu macam aku T_T. So untuk siapa-siapa yang plan nak bawak duit yang dalam jumlah yang banyak, tak payah la pakai fdd ni. Korang just activate ATM card malaysia korang for overseas, lepas tu dah sampai sini, boleh withdraw kat mana-mana bank. Setiap transaction akan kena charge RM10. Aku rasa berbaloi la jugak. Bila akaun kat sini dah siap, just keluarkan banyak-banyak terus transfer ke akaun sini. Sebab haritu aku keluarkan duit malaysia RM405, tukar duit UK dapat £80. Rate dalam 5.06 je termasuk charge. Lebih kurang sama dengan money changer. Senang pun senang. Menyesal tak buat macam ni jer.

p/s: Entry ni ditulis dengan secara emosional. Harap Maaf.