Friday, September 21, 2012

The Course Taken

Dah almost one week aku kat Sheffield, kelas belum start pun lagi. Tengah settle kan pasal registration, verification, modules, health service, etc. Kitorang macam takde induction week sangat pun. Hari tu pun just ada welcome meeting je. Ramai jugak yang amek taught course programme ni. Dalam 2000 ribu orang kalau tak silap. Meliputi semua course la 2000 tu. Aku tengok macam ramai orang dari China je. Course aku Msc Safety and Loss Prevention akan start 24th September. Tadi aku pergi mintak sign director course sebab nak daftar modules. Berkenalan dah dengan sorang coursemate. Dia dari Nigeria. Baru habis degree gak macam aku. Ramai orang cakap course ni banyak orang-orang tua means yang datang dari industri, kira company hantar la untuk ambil course ni. Tu yang aku macam tiba-tiba je cuak. Yela diorang kan dah full of experience. Aku ape pon takde lagi. Freshgrad katanya. Tapi takpelah, dari situ la aku belajar nanti. 

Kelas aku pon takde la pack sangat sebenarnya. 4 hari je kelas dalam sebulan. Nampak relax kan. Tapi kelas pukul 9am-5pm *pengsan*. 4 hari berturut-turut pulak tu. Lepas tu cuti tiga minggu untuk siapkan all the assignments before sambung the next module. Ada 8 modules je aku kena ambil. Kelas sampai bulan April je. Lepas tu akan ada final exam yang akan cover certains modules, then kena siapkan dissertation (thesis). 

The modules..

Course director tadi cakap dia pun tak tau lagi course aku ni berapa orang total semuanya. Kena tunggu  hari isnin ni baru dapat tahu. Hari isnin ni akan ramai sebab campur full-time student and part-time student. Untuk the next module, baru kelas akan jadik sikit balik. Dia ada cakap ada module baru untuk kitorang which is pasal nuclear. Em aku rasa aku tak berminat nak amek. Nuclear kat negara kita pun macam tak berapa meluas sangat aku rasa scope ni. Kalau tak silap la. Ada satu lagi module aku tak daftar sebab wajib amek 8 je. Lagi satu tu pasal Computer Control. Dia cakap boleh je nak masuk kalau tak daftar pun. Entah la. 

Berdebar jugak nak tunggu hari Isnin ni. Yela dah la sorang-sorang, first time belajar kat negara orang pulak tu. Harap-harap, semuanya berjalan dengan lancar. Amin.