Thursday, September 13, 2012

Spend Wisely

Sejak akhir-akhir ni aku rasa banyak pulak perbelanjaan aku. Shopping barang-barang keperluan yang nak dibeli sebelum fly. Banyak tak banyak la. Macam lebih banyak kehendak daripada keperluan je aku rasa. haha. Students sana cakap tak payah bawak barang banyak sangat. Sebab kat sana mesti akan shopping jugak punya. Em tah la, macam semua benda nak bawak. hee. Limit luggage hanya 23kg. Sikit kan. Tapi boleh dapat extra luggage another 32kg luggage kalo upgrade. Aku upgrade tapi share dengan member sorang separuh. Banyak sikit nanti. hihi. Tapi leceh la kena bawak dua luggage. 

Masa mula-mula masuk ni Mara bagi duit elaun in-bulk. Elaun sara hidup 6 bulan punya, elaun penempatan, elaun perkakas, elaun baju sejuk dan elaun buku. Fuhh banyak gila elaun kan. Mau tak terbuntang mata aku dapat cek berpuluh ribu. Tapi memang patut pun la sebab kat sana mahal sikit barang-barang. Tahun ni elaun Mara baru naik daripada £748/month jadik £1012/month. Almost £300 naik. Bagi aku memang banyak la. Diorang kata naik sebab harga sewa rumah naik. Aku pun tak pasti. Kalau dulu Sheffield dapat rate C untuk elaun, tapi tahun ni rate C dah dimansuhkan. So tinggal rate A dan B sahaja. Rate A tu untuk yang duduk kat Central London.  Aku memang risau pegang duit banyak-banyak ni. Takut terguna dan terhabis awal. Macam masa degree dulu la, asal duit scholar masuk belanja tak ingat. Hujung-hujung sem memang ikat perut habis lah jawabnya. So kali ni aku kena berjaga-jaga sikit. Nak survive duit tu untuk 6 bulan. Kena spend the money wisely. Dah la kat negara orang. Kang kalau duit habis tak kan nak mintak kat parent ye dak. Buat malu aje. huhu.

Tapi tu la, alang-alang tengah berduit ni aku dah pon beli laptop baru. At least ada nampak la jugak hasilnya daripada habis macam tu je tak nampak kan. Laptop aku yang dulu pon macam dah slow jer. So takpe la kot aku berbelanja sikit untuk laptop baru. Hadiah sambung belajar untuk diri sendiri. Lagipun untuk keperluan aku jugak.

By the way, ada yang tanya aku macam mana nak apply sambung master pergi luar negara ni. Nanti ada masa aku share ok. Tak susah mana pon. Kena rajin sikit je. hehe. Ok bye.

Counting days..

Gambar kat USS, Singapore. Will update about it later~