Tuesday, September 11, 2012

Sambung Master

Lagi tiga hari lagi aku akan berangkat ke UK. Hee tapi bukan untuk berjalan macam hari tu ye. Tapi untuk sambung master. Sekarang baru boleh cerita kat blog sebab semuanya dah pun settle. Fuhhh~ Nak cerita awal-awal kang takut tak jadik. hihihi. Tapi ada gak yang dah tau kot sebab ada yang tanya kat twitter. So sekarang tinggal nak packing je. Yang lain-lain dah settled.


Aku sambung Msc Safety and Loss Prevention kat University of Sheffield. Sebenarnya dulu aku takde niat pon nak sambung master. Tapi ada satu hari tu aku terstumble on one blog ni, Rehan Syazwani. Dia sambung master kat Australia dan graduan UTM gak. So lepas baca blog pasal dia sambung master terus aku pon macam berminat. Kira ada jugak la harapan lagi nak sambung belajar luar negara. Kalau korang nak tau, ni cita-cita aku dari kecik tau nak belajar luar negara. Akhirnya termakbul jugak. Thanks to Mara jugak sebab bagi peluang kat aku nak sambung belajar. Masa nak uruskan semua benda ni ada la jugak masalah-masalah yang timbul tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. 

The Faculty - Sir Frederick Mappin Building, University of Sheffield

Masa nak apply Mara tu sebenarnya syarat dia tulis kena dah habis belajar masa iklan dikeluarkan. Masa tu aku final sem tak habis lagi. Tapi aku apply jugak kalau ada rezeki ada la kan. Tak nak berharap sangat takut kecewa. Aku tau result nya masa aku kat London. Akak aku msg aku. Aku dah pesan suruh akak aku cek. Mestilah melonjak kegirangan masa tu. 

Masa mula-mula aku ingat nak sambung course lain. Dah apply dan dapat offer Advanced Chemical Engineering (University of Birmingham) dengan Environmental and Energy Engineering (University of Manchester and University of Sheffield). Tapi kenapa aku pilih course safety? hehe. Sebabnya aku macam lebih berminat dengan safety. Lepas tanya some of my lecturer pon, diorang suggest better ambil safety sebab agak demand job dia sekarang. So aku pon proceed dengan course ni. Dah try tanya jugak lecturer yang pernah ambil course ni kat sana, Dr Wijayanuddin Ali. Dia siap cakap "Pendapat saya ianya bagus dan saya sokong kuat you ambil" :') Dan ada jugak tanya bekas student course tu, dia pun cakap ok. Dia dah kerja dekat Aberdeen, Scotland apply kerja guna Msc tu. So aku pun proceed tanpa ragu-ragu lagi.

Dan ada juga benda yang aku sacrificekan sebenarnya. Antara yang paling aku rasa rugi sangat, aku tak dapat attend convocation day UTM T___T *nangis*. Takkan nak balik semata-mata nak pergi konvo kan. Tiket kalau murah takpe. Mahal jugak. huhu. Dan aku tak dapat attend wedding my sis (22th Sept 2012) dan wedding my bff, Lina yang dijangka raya cina tahun depan. Dah la Lina dah cop aku untuk jadik pengapit dia. But I couldn't make it :( Tapi kalau nak sponsor tiket flight, kecik tapak tangan, padang UTM saya tadahkan ;)


So sekarang tengah busy nak packing barang. Flight aku insyaAllah 14 September kol 11.15pm kalau takde apa-apa pertukaran. Aku naik flight KLM dari KLIA - Amsterdam - Manchester. Saing dengan student Mara jugak sorang universiti sama dengan aku sorang lagi Sheffield Hallam. Senior SKK ada gak yang pergi sama uni dengan aku tapi dia pergi lewat sikit sebab dia intake bulan October.

Harap semuanya dipermudahkan :-)

P/s: Nak gunakan masa yang ada sebaiknya. Nak makan puas-puas makanan Malaysia.