Sunday, September 16, 2012

Safely Arrived at Sheffield

Alhamdulillah semalam aku selamat sampai ke bumi Sheffield setelah 20 jam perjalanan. Lama kan. Dalam flight total hours dalam 14 jam camtu. Campur transit kat Amsterdam 3 jam dan perjalanan dari Manchester naik train ke Sheffield. Lepas 20 jam baru sampai depan rumah. Memang penat gila sebab terpaksa angkut luggage yang sangat besar. Nasib ada kawan-kawan yang membantu. Hee. Dalam flight tak selesa sangat sebab macam sempit je aku rasa. Tak selesa sangat nak tidur. Tapi most of the time memang aku tidur je. Nak makan baru bangun. 

Gambar before bertolak kat KLIA

Aku bertolak dari Malaysia pukul 11.15pm dari KLIA. Gerak saing dengan dua orang student Mara yang lain. Nasib baik ada geng. hehe. Masa kat KLIA ramai gak student nak pergi sambung belajar sebab ramai pakai coat. Student master takyah pakai skema macam tu :p Gerak dari rumah lepas maghrib. Family aku yang hantar. Dan thanks to Fara, kawan aku sejak dari sekolah rendah sudi datang hantar aku. Terharu~ Tak lupa jugak Hasrol Nizam yang jauh datang dari Penang. Thanks sudi hantar :')

Kawan yang aku kenal since darjah 3.
Bakal tak jumpa setahun

Masa naik train nak angkut luggage separuh mati. Berat beg aku ada dua total 45kg. Berat kan. hihi. Kesian kawan aku kena tolong angkat. Dalam train dah la kena berdiri je sebab ramai orang. hehe. Dan setelah berpenat lelah akhirnya sampai jugak kat Sheffield. The place that im gonna stay for 1 year. Tak banyak ambil gambar sangat pun since tangan masing-masing penuh. Ada beberapa keping je gambar masa sampai tu. hehe

At Sheffield Train Station

Dengan Azlina. See the bags?? *pengsan*
Khai. Dia yg tolong angkat beg. Time kasih daun keladi.

So ni la kawan 3 orang yang travel dengan sepanjang perjalanan dari Malaysia ke Sheffield. hehe. Semua sambung master. Azlina sama uni dan faculty dengan aku. Khai sambung kat Uni sebelah. Sheffield Hallam.

So, let's start the journey!!