Saturday, September 01, 2012

London Trip - Arsenal, Chelsea, Manchester

Konon nak update pasal pergi London hari tu kat blog. Tapi hanya satu entry je yang aku berjaya kongsikan. Itu pon pasal departure and arrival. hahaha. Berzaman dah kot. Tapi takpelah nak tulis jugak. At least ada kenangan bila nak baca-baca balik nanti masa dah tua. (kot ye blogspot ada lagi waktu tu.haha)

Masa pergi sana tu kitorang ada melawat stadium bola sepak yang fan-fan bola sepak nak sangat pergi tu. Tapi tak semua la. Arsenal (Emirates Stadium), Chelsea (Stamford Bridge Stadium) dengan Manchester (Old Trafford). Liverpool jauh lagi rasanya. So memang tak pergi. Arsenal dengan Chelsea ni tak jauh. Memang dekat sangat dari London. Naik underground terus sampai. Kitorang pergi on the same day la. Pergi sana tak masuk dalam stadium pon. Just amek gambar depan tu dan singgah official merchandise shop. Beli la cenderahati sikit untuk yang minat bola tu. Harga jersey boleh tahan murah kalau nak dibandingkan dengan kat Malaysia. Kat Arsenal dan Chelsea lebih kurang £35 pound sehelai. Tapi kat Manchester mahal, £45 sehelai. 




Tapi manchester pergi hari lain. Memang memperuntukkan satu hari untuk pergi sana je sebab tempat tu jauh dari London. Pergi sana naik bas. Naik train cepat tapi mahal sangat so kitorang pergi naik bas jer. Tu pon dah almost £20. Memang lama gila wa cakap lu. hahaha. 6 jam kalau tak silap perginya. Sanggup kau. Actually ada yang taknak pergi sana masa tu. Tapi lecturer taknak bagi kitorang berpecah takut apa-apa hal terjadi nanti, so semua memang kena pergi sana. Ada sorang kawan aku hard-die fan Manchester. Gi sana pon hanya dia sorang je yang masuk tour dalam stadium tu. Yang lain tak masuk. Tour dalam tu kena bayar £11 seingat aku. Yang tak masuk tour ni jalan2 dalam kedai tak pun amek gambar je la kat luar. hehehe.





p/s: Antara ketiga-ketiga stadium ni aku rasa yang paling lawa Manchester, kedua Arsenal dan yang last sekali Chelsea. Depan stadium Chelsea tu macam kosong sangat aku rasa. Tulisan dia pon kecik sangat kat atas tu. Jangan marah ye fan Chelsea ;)