Friday, August 31, 2012

Small Gathering

Masa aku stay kat Muar lama sikit hari tu, sempat jugak aku jumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah/menengah. Tahun ni dapat pergi beraya dengan diorang. Yela sebelum ni tak pernah join pon diorang pergi beraya. Tahun ni dapat jugak akhirnya.

Best tau jumpa kawan-kawan lama ni. Nanti mesti akan bukak cerita lama. Pastu gelak gelak. hahaha. Kenangan lama-lama tu memang best bila ingat balik. How time flies. Rindu sangat zaman-zaman sekolah. Rindu kat sekolah.

My lovely school ^__^

Aku sekolah kat Muar dari darjah 3 sampailah form 3. Lepas tu dah pindah Selandar. Lama kan kat Muar. Memang banyak cerita suka-duka kat sini. Masa nak pergi beraya tu ingat sikit je yang join sebab sehari sebelum tu, budak2 sekolah aku dah pergi beraya jugak. Tapi rupanya hari yg aku pergi raya tu diorang sambung beraya lagi. So join la diorang. Ramai jugak dalam 15 orang jugak la. Dari satu rumah ke satu rumah. Makan je la kejenye. hihihi.


Lepas tu pulak ada orang suggest nak buat barbeque. Aku pun on je la since ada lagi kat Muar masa tu. Gathering ni buat kat salah sorang rumah kawan aku. Aku bayar je tak tolong ape2 pon. Tolong bakar tu ada la. Lepas tu tolong makan sekali. hihi. Hope lepas ni dapat bergathering macam ni lagi. Ramai kawan-kawan aku dah tunang/kahwin. Next-next gathering agaknya masing2 dah bawak anak :p