Tuesday, August 14, 2012

Lebaran Kian Terasa

Diam tak diam tak sampai seminggu lagi dah nak raya. Aku rasa macam sekejap sangat. Tahun ni jugak dapat berpuasa kat rumah. Yela sebelum ni kan asik kat hostel je sejak dari sekolah lagi. Cuti duduk rumah pun agak sibuk nak uruskan pasal sambung belajar. Sekarang dah menarik nafas lega sikit la sebab tinggal sikit je benda nak buat. Hopefully semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Baju raya tahun ni tempah kat mak. Dah beli kain color turquoise. Suka sangat color tu. Dah beberapa tahun dah asik beli siap je kat kedai even mak sendiri tukang jahit. hihihi. Tahun ni entah kenapa semua pon beli kain mintak mak jahitkan. Mak dah la super busy nk siapkan baju orang lain tak siap-siap. Memang supermak. Jangan baju raya aku malam raya baru siap dah la. Tapi biasanya memang macam tu. T_T

Baju raya aku. Yg bawah tu. Yg atas tu utk lining je. hehe. Soft chiffon.

Tahun ni bakal beraya di Sekinchan, Selangor. Agaknya sawah tengah hijau ke tak ek. Kalau hijau, baru cun nak amek gambar. hehe. Aku boleh dapat duit raya lagi tak? Tak kerja lagi kira layak lagi kan? haha. 

Sebenarnya lepas raya ni aku macam teringin nak pergi USS tapi nak ajak Hasrol dia macam busy jer. Sobs. Tak kesampaian nampaknya hasrat aku. Nak ajak adik aku pon dia busy dengan persiapan kawin. Member2 lain pon busy sebab semua dah berkerjaya. Sedih kan. Tapi takpe la takde rezeki kot. Tahun depan je la aku pergi.

Sekarang ni dah kol 6 pagi aku still tak tido dari tadi. Pukul 10 nak pergi KL nak buat visa. Risau pulak sebab macam leceh je banyak benda nak kena provide. Takut tercicir. Dan yg pasti bakal melayang RM1416. Mahal betul. Nasib baik boleh claim dengan Mara. 

Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk korang semua. Tahun ni satu kad raya pon takde dapat. Kalau korang nak bagi dialu-alukan. hehehe.

Jom Raya!!