Monday, August 27, 2012

Bye Braces, Hello Retainer!

Assalamualaikum. Hari ni aku nak cerita pasal braces. Dengan ini, secara rasminya aku telah pun membuka braces aku yang telah dipakai sejak 4 Januari 2010. 2 tahun 7 bulan aku pakai benda ni. Agak lama jugak. Aku estimate dalam 2 tahun jer. Condition gigi aku kot yang menyebabkan jadik lambat. Masa nak bukak braces tu hanya tuhan je yang tahu betapa sakitnya. Masa nak cabut braces tu ok lagi. Tapi masa dia nk cuci bekas-bekas gam yang melekat kat gigi tu. NGILU NAK MAMP! Dalam hati aku berkata, kenapalah aku boleh pakai benda alah ni. T__T Pesanan untuk siapa yang nak pakai tu, fikir la 2 3 lima namploh kali dulu before pakai ye. Ianya sangat menyeksakan.

Ingatkan akan berakhir di sini sahaja tapi tidak ye. Lepas ni kena pakai retainer pulak. Aku dapat retainer yang jenis transparent tu, bukan yang besi macam orang biasa pakai tu. Yang macam ni ha..


Nampak macam ok sebab benda ni tak obvious sangat macam braces. Tapi nak cakap macam agak susah. Aku cakap S dah macam pelik dah. Em maybe tak biasa lagi kot. Entah la. Actually gigi yang belah atas Dr bagi aku retainer macam yang atas ni dengan yang besi tu jugak. Kira 2-2 dia bagi la just in case kalau retainer yg ni rosak ke, so aku ada back up. Lagipon lepas ni dah susah nk jumpa dentist aku ni.. Jauhhh. Yang tu seminggu lagi baru siap.

Ni yang common retainer orang pakai tu. Dah macam gigi palsu aku tengok. 

Sebenarnya aku macam tak berapa puas hati sangat dengan hasil gigi aku ni. Gigi aku macam ke depan sikit. Mungkin sebab Dr tak cabut gigi aku kot. So gigi taring yang ternaik sebelum ni tu takde space nak masuk. Tapi macam tak nampak sangat. Kalau depan-depan baru perasan kot. huhuhu. Tapi takpelah, aku dah tak sanggup nak pakai braces lagi dah. Lagipon nak tak nak memang kena cabut gak sebab lepas ni dah nak berangkat jauh. Pasal tu nanti aku cite entry lain. hee. Ok ni gambar aku tunjuk gigi aku sebelum dan selepas. hehe

Sebelum #1: Gigi aku ada taring both sides

Sebelum #2: Gigi bawah ke depan sikit daripada gigi yang atas.

Selepas. Ok ke tak?