Wednesday, July 04, 2012

Kerja

Kalau korang follow twitter aku korang tau kot aku tengah kerja part time sekarang ni. Yela dua bulan lebih ni takde buat apa-apa so aku try la mintak part-time. Aku dapat kerja kat kedai dobi. Tapi tu la, lepas 3 hari je aku dah tak larat. Penat gile kerjanya. Aku ingat macam senang jer. Terus aku tak datang lepas tu. Hoho. Rasa bersalah pulak kat boss. Tapi nak buat camne. huhu.

Malam ni nak try kat Alamanda pulak. Ada interview kat MBE. Kalau yang tu ok, aku kerja la. Mesti korang pelik kan kenapa aku kerja part-time, tak carik kerja yang betul2 nya. Sebabnya aku plan nak sambung belajar bulan 9 ni. Rasa macam takde cerita lagi kat blog pasal aku nak sambung belajar ni. Dah sampai masa nanti aku cerita ok. Bila semuanya dah settle. 

Mood harini tengah tunggu anak buah aku, faza dengan akim datang. Wehooo.

Comel kan? Dah besar boleh jadik masterchef ni.