Sunday, June 03, 2012

Pengalaman di Sri Lanka

Sebenarnya cerita kat London aku tak habis cerita lagi. Entah tak tau nak sambung ke tak. Tengok la tahap kerajinan aku. Sekarang nak cerita pasal kat Sri Lanka pulak. hihihi. Tak ikut kronologi langsung. By the way, korang semua dah tau kan yang hari tu pergi London kitorang transit lama kat Sri Lanka (Srilankan Airlines). Masa pergi tak ada la lama sangat transitnya. Tapi masa balik Ya Allah bukan main lama lagi. 20 JAM kau tau? Sebenarnya ada je option yang transit tak lama. Tapi masa book tu entah macam mana lecturer aku boleh salah pilih. Maka kita pasghahh dan menyeghah je la. 

Suasana dalam flight



Nama pon Srilankan Airlines memang wajib la ramai orang Sri Lanka ye dak? Yang paling ramai tak silap masa flight balik dari Sri Lanka ke Singapore. Aku tak tau apa la diorang buat ramai-ramai kat Singapore tu. Bab makanan pulak, ada beberapa menu je yang ok.  Tapi mostly kari. Sampaikan balik Malaysia aku dah loya tekak tengok kari. Dia punya side meal pun memang aku tak usik sebab pelik.

Ni la lauk kari nye. Boleh masuk tekak lagi yg meal ni. Rasa pon boleh tahan sedap. Yang lain tak sedap


Dalam flight kerja aku tidur je. Ada la sekali sekala aku tengok tv. Tak pun dengar lagu je kat ipod sambil tidur. Masa makan je bangun balik. Hahaha. Kerusi dia takde la luas sangat. Boleh kebelakangkan sikit je. Masa balik flight dari London ke Sri Lanka, memang tak ramai orang. Terus aku pergi kat kerusi panjang yang tak ada orang tu baring kat sana. Sambil berselimut. Macam first class punye seat tak? hahaha

Masa transit 20 jam tu kitorang masa tu tak kisah sangat sebab ada tulis kat website, lebih dari 8 jam transit akan dapat free airport hotel. Sekali dah sampai-sampai tanya kat kaunter, dia kata TAK DAPAT. Lepas tu dia siap ada mention yang flight selepas tu yang transit 8 jam dapat. Kitorang pelik la kitorang yang 20 jam ni tak dapat masakan yang 8 jam boleh dapat. Dah hampir nak bergaduh dah kat kaunter tu nasib tak bertumbuk je dengan dia. (over kau!) Lepas hampir beberapa jam bertekak, baru dia kata akan bagi hotel. Fuhh menarik nafas lega. Ada jugak la tempat nak lepak-lepak daripada nak duduk kat airport je memang boring la. Masa kat dalam flight before tu kan, dia ada tunjuk contoh airport hotel dia. Memang dah rasa excited sangat bila tengok gambar macam ni. 

Lebih kurang macam ni suasana hotel yang dia tunjuk tu.

Keluar dari airport ada bas hotel tu datang ambil. Nama hotel nya Hotel Good Wood Plaza. Sampai-sampai je hotel tu, tengok kat area lobby tu diorang tengah renovate. Kawasan lobby dia tu ok lagi. Lepas tu dia bawak pergi bilik, dah la jauh gila dari lobby. Sunyi pulak tu. Masuk-masuk je hotel, whadehelll, bau apa ni. Memang hapak gila macam tak pernah orang duduk pon ada. Bau macam bau berhabuk gitu. Aku dah rasa lain macam. Nak duduk atas katil dia pun pikir 2 3x. hahaha. Suasana dan keadaan bilik tu mestilah tak seperti yang dia tunjukkan kat dalam flight tu. 1000 kali ganda berbeza!! Hancur luluh hatiku :(

Macam ni la lebih kurang muka kitorang masa mula-mula sampai hotel tu.

Ni kawasan cafe hotel. Kerusi old skool sangat.

Agak-agak korang dapat teka tak benda ni apa. Its an aircond y'all. 
Menitik air mata aku melihat keadaannya begini T_T

Boleh pulak langsir ni koyak-koyak kan. 

Air yang disediakan. Kalau korang zoom korang boleh nampak keadaan dulang tu dan juga botol air yang disediakan. Botol tu kemek-kemek aku syak dia refill air guna air panas lepas tu biarkan je botol tu kemek macam tu.

Ni lampu kat siling. Agak pelik.


Suis zaman rumah lama atok aku pon ada. 


Yang ni aku tak tau kenapa dia selotape macam tu. Dah la guna tape Srilankan Airline punye. Pon bolehhh







Ni almari dengan hanger 2 3 kerat

Yang ni aku tak tau apa function nya. Aku agak macam kelambu. 
Tak tau la betul ke tak? hahahahah. Yang ni paling epic sekali.


Harap je airport hotel kan. Memang teruk gila. Aku baca review kat internet pon, semua orang kata terrible. Semua kutuk-kutuk termasuklah aku. Patutnya Sri Lanka ni amik la inisiatif perbaharui hotel diorang ni. Kalau macam ni, sampai bila-bila industri tourism diorang tak maju. Just my two cents. 

 Kesimpulannya SAY NO! to this hotel.