Monday, June 04, 2012

Kesibukan yang Bakal Berakhir Tidak Lama Lagi

Sebenarnya study week dah start tapi sampai sekarang aku masih lagi tak sempat nak buka buku nak study sebab banyak sangat kerja yang nak disiapkan. Ya terlalu banyak. Biar aku senaraikan satu persatu.

1. Plant Design Report + Posters (80%)
2. Environment Assignments (0%)
3.Phytochemical Group Project (70%)
4. Plant Operation Group Project (50%)
5. Harvard Case Study (0%)
6. Non-Pollution Report (90%)

Tadi cakap bahasa melayu tiba-tiba masa nak senaraikan tukar jadi english pula. hee. Sebab macam skema je nak tulis report jadi laporan. Ok dah tengok dah? Banyakkan kerja yang nak kena siapkan masa study week ni. Yang dalam kurungan tu peratus yang aku dah siapkan. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Dan semua ini akan berakhir dalam masa dua minggu dari sekarang. 15 Jun tu aku dah merdeka. Gembiranya!