Friday, June 29, 2012

Experiment zaman kanak-kanak

Semalam masa tengah borak-borak dengan adik aku tiba-tiba teringat kisah lama masa aku kecik. Kelakar betul bila ingat balik. Aku nak cerita dua kisah. 

Experiment pertama aku buat adalah buat roti canai. Aku pon tak tau mana datang idea nak buat roti canai tu. Mungkin masa tu hari-hari beli roti canai kot kat taman perumahan aku tu. Roti canai Pak Abas namanya. Memang bapak aku selalu suruh beli kat situ. So dari situ la terdetik hati nak try buat roti canai tu agaknya. Tanpa berbekalkan sebarang resipi, aku buat doh untuk roti canai tu. Aku amek tepung mak aku senyap-senyap. Buat tanpa pengetahun mak aku sebab takut kena marah. Kala tak silap masa ni sekali dengan adik aku, Ain dan sepupu aku, Ada. So buat la doh tu masuk kan tepung dan air jer. Lepas tu gaulkan. Lepas tu aku cakap dengan adik aku dan sepupu aku tu, doh tu kalau tak silap kena tunggu lama sikit sebab nak kasik dia naik. Jadi aku pon simpan mangkuk yang ada doh tu bawah katil. Nyorokkan sebab takut kantoi. Last-last masing-masing lupa. Seminggu lepas tu baru perasan bekas tu. Sampai berkulat dah jadiknyaaaa. Sabo jelah.

Beginilah rupanya. Tapi aku buat satu je.

Yang kedua pulak lepas aku pergi rombongan tak ingat pergi mana. Tapi zaman sekolah rendah lagi la. Aku bawak kamera yang pakai kodak tu. Zaman tu takde digital lagi. Lepas balik dari rombongan tu entah macam mana kamera tu boleh terbukak. Yang ni aku tak ingat sangat. Kira macam kodak tu dah tak boleh bawak pergi hantar cuci la. Aku pon dengan konon-konon pandai. Aku tarik filem tu keluar. Lepas tu pergi rendam dalam besen yang ada air. Kononnya boleh la aku cuci gambar tu jadik ke gambar. Last-last aku fikir;

Macam mana nak transfer gambar dari filem ni ke photo paper eh. 



Lepas tu aku fikir lagi, biasanya tengok dalam tv, orang cuci gambar dalam bilik gelap yang ada kaler merah-merah tu. Macam-macam lah yang aku fikir konon-konon nanti berjaya lah cuci gambar. Last2 aku give up jer. Filem tu pon aku buang.

Tak menjadi lagi experiment aku T__T