Thursday, May 10, 2012

London - Departure and Arrival

Dah berzaman dah pergi baru nak cerita ek pasal London ni. Takpela, nak cerita jugak. Boleh jugak nanti dah tua-tua baca balik. Bukan senang ye dak nak gi sini. Sekali seumur hidup je agaknye. huhu..

Btw kalau korang nak tau, aku pergi London ni under program UTM, Global Outreach Program. Dan specifically under persatuan kos aku, Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia. Naib Canselor UTM ni memang galakkan sangat student2 UTM ni buat program macam ni. Melawat negara-negara orang. Diorang ada kasik budget untuk program ni. Kebanyakannya yang pergi negara macam Australia, Korea, UK dan New Zealand. Ni yang selalu aku dengar la. Setiap batch dalam setiap kos at least akan buat program ni. Kos aku jer dah ada 4. Pergi Korea, Australia, Indon dan London. London ni yang kitorang nye la.

Before pergi tu memang banyak la persiapan nak kena buat. Aku sebagai bendahari kena survey2 harga tiket yang paling murah sekali. Dan jugak hotel nak duduk kat sana. Survey punya survey, Srilankan Airlines yang paling murah. Return ticket dalam RM 2700. Not bad la. Tapi tu yang naik dari Singapore. Kalau naik kat KL dalam 3500. Pelik jugak aku padahal flight tu transit kat KL jugak. Ada jugak mintak quotation dari MAS. Tapi diorang bagi harga mahal gile. Lagi mahal dari dalam website. Dalam 3800 kalau tak silap aku. Beza seribu tuuu.

So 4hb April malam tu kitorang gerak dari UTM ke Changi Airport kat Singapore. Pergi malam sebab ticket flight pagi esoknya. Takut lambat kan so gerak je malam tu. 

Kat Changi Airport, berkampung semalaman kat sini

Flight pukul 7am dan kitorang akan transit kat KL dan Sri Lanka (Colombo). Banyak ek transit. Nak murah punye pasal. Nasib baik transit tak lama sangat. Kat KL sejam, Sri Lanka 3 jam. Masa balik lagi lama nanti aku cite kat entry lain.

So dalam flight dekat 10-11 jam jugak la. Memang boring gilaaa. Boleh tengok movie and cite tapi aku tak tengok sangat. Just dengar lagu jer. Makan tido makan tido. Tu je la kojo nye. Sampai sakit2 badan. Ok aku malas nak details sangat pasal Srilankan ni sebab nanti nak buat entry lain pasal ni. hehehe. 

Sampai2 London dah malam dalam kol 10 pm waktu sana. Lepas tu naik tube ke tempat penginapan kami kat Hostel 639. Hostel je yang paling murah. Nak tido kat hotel kang mahal sangat. Tapi boleh la tempatnye. Time keluar kat luar tu baru rasa sejuk giler. Dah la aku pakai sweater dengan kasut yang jenis terbukak tu jer. Memang tak tahan. Tapi nasib baik sekejap jer. 

Kat Heathrow Airport.

Kat tube Kensal Green. dengan segala stok makanan dalam kotak tu
Esoknya pagi2 dah start berjalan. Excited gile sebab 1st day kan. Jakun sangat2. Pagi2 kitorang breakfast dulu kat hostel tu sebab dapat breakfast free.

Kat area lobby Hostel 639 tu. Macam ala2 cowboy lak aku rasa tempatnye. 

Masa breakfast. Menu wajib roti dan susu -_-"
Lepas tu kitorang gerak. Kitorang banyak guna tube je untuk kemana-mana. Tube tu macam LRT la kalau kat Malaysia. Yang best pasal tube ni nak tunggu tak lama. Baru seminit train gerak, train lain dah sampai. Cepat sangat. Lepas tu kalau korang lambat dan terhegeh2 nak masuk tube, terus pintu tutup dan kena tinggal. So memang kena cepat even ramai orang.


Kat tube station, Kensal Green
Tunggu tube sampai
Dalam tube

Destinasti pertama pergi Oxford Street. Cet awal2 dah pergi shopping ek. Kalau korang suka shopping mesti korang suka tempat ni. Banyak barangan berjenama. Harga nak kata murah tu tak jugak. Mahal je aku rasa. hehe. Lepas tu kitorang pergi Baker Street yang tempat Sherlock holmes tu. Tengahari kitorang singgah kat London Central Mosque. Ramai jugak orang masa tu sebab orang baru lepas sembahyang Jumaat. 

at Oxford Street
at Baker Street
Last sekali pergi British Museum. Kejap je kat sini sebab masa tu dah pukul 4.30pm camtu. Museum tu dah nak tutup. 

Depan British Museum
Besar betul tiang muzium ni.


Ok panjang sangat post aku ni. Esok2 aku sambung lagi ek. Banyak lagi ni. Takot korang muntah lak baca banyak2. heeee.