Saturday, May 19, 2012

Kerja vs Sambung Belajar

Seperti semua orang yang dah sedia maklum la kan, semester ni InsyaAllah semester last aku kalau takde paper yang kena repeat. Moga-moga tak la kan. Mintak simpang. Biasanya pelajar tahun akhir waktu macam ni sibuk dah mencari kerja, hantar resume, pergi career fair. Dan aku salah seorang daripada mereka. But up till now, takde orang pun yang panggil aku untuk interview. Sadis betul. Jeles jugak dengar member-member lain dapat pergi interview. At least pergi interview tu dah ada chance tinggi la kan nak dapat kerja. 

Dan ada jugak antara kawan-kawan aku yang tak mintak pon apa-apa kerja lagi sebab diorang nak sambung belajar. Sebelum ni memang tak terlintas pon di fikiran aku nak sambung belajar. Tapi sejak beberapa bulan yang lepas aku boleh pulak terpikir nak sambung belajar. Ajaib tak ajaib la kan? Bukannya apa, sebab aku macam tak ready lagi nak menempuh alam pekerjaan. Boleh gitu? 

Tapi tengok la macam mana nanti, kalau ada rezeki aku sambung belajar, aku sambung. Kalau ada rezeki dapat kerja,  aku kerja. Kalau ada rezeki kawin, aku kawin. Oppps lari topik sudah.

Gambar ihsan google :')

Ok, harap korang semua dapat membuat pilihan yang tepat untuk masa depan masing-masing. 

Bye ^_^