Wednesday, May 23, 2012

The Good Old Days

Sekarang pukul 4.05am tapi still tak tidur-tidur lagi. Apa yang aku buat pun tak tahu la. Tapi baru lepas sahur dengan Lina. Belek-belek laptop sekali terjumpa folder gambar lama-lama. Tengok satu demi satu. Tergelak-gelak tengok tengok muka zaman muda remaja. hihi. Kelakar. Tapi semua tu kenangan-kenangan manis yang tak boleh dilupakan. Memang banyak sangat la kenangan kat UTM ni. Yela kan dah empat tahun kat sini. Macam- macam peristiwa yang berlaku. Kalau aku baca balik blog aku ni boleh kot teringat kisah-kisah lama sebab aku rajin la jugak tulis blog (bajet). Paling tak boleh lupa kenangan jatuh moto berkali-kali kat UTM terchinta ni :')

Selama empat tahun jugak aku room-mate dengan Lina. Nak kata boring aku tak nafikan. Oppps. Gurau je. Aku rasa dia sorang je la yang memang sesuai jadik room mate aku. Masa mula-mula masuk UTM macam tak berapa nak rapat pun even satu praktikum masa kat matrik KMJ. Sebab aku rasa dia macam nerd-nerd sikit kat kelas asik duduk depan jer (masa kat matrik). Panggil dia pun dulu Kak Lina (sebab dia tua setahun, PDT). Tapi lama kelamaan hubungan kami menjadi semakin rapat. Eh apesal aku macam nk buat karangan bm je ni. lol. Ok abaikan. Lepas tu, aku suka merajuk dengan dia (sensitif sgt ye aku ni) tapi dia relax jer. Dia jenis tak simpan dalam hati. Dia taknak teman pergi makan pon aku boleh merajuk. hahaha motif sangat. Dan yang paling penting masa zaman-zaman first year semua orang panggil kitorang kembar! haha

Ok kalau nk cerita dari A-Z memang takkan habis punya. Jom tengok gambar lama-lama. Masa muda remaja. Even sekarang pon muda remaja lagi uolls.

Tudung kalau boleh nk tutup muka terus ye

Masa bowling 2010. Aku baru pakai braces time ni. Muka macam pelik sikit.

Ayu tau pergi kelas hari-hari pakai baju kurung. Sekarang boleh kira dengan jari bila pakai baju kurung.

Section-7 nye girls. Masa ni geng ikut section jer. 

Kelas kat N29. Gigih jalan kaki dari bilik kat ktdi. Kalau sekarang nk buat camtu, alamat tak pergi kelas le gamaknye

Masa ni tengah tunggu lab. Spot the difference.

Bersukaria tengah tunggu kelas. Masa ni jakun masa tu ika baru bawak Iphone. Asik bergambar je guna Iphone dia.

Aku nampak formal ye di situ. Masa ni baru lepas interview scholarship Talisman yang tak berjaya ittew.

Masa Minggu Haluan Siswa. Nampak muda lak pakai baju sekolah.

Rasa macam comel lak gambar ni. Ke aku sorang je yang rasa. hahaha :')

Hehe tu je tak larat nak letak banyak-banyak. 

Kbye