Monday, May 14, 2012

Dinner Course yang Terakhir

Minggu lepas aku pergi dinner under course aku. Mulanya macam tak nak pergi sebab sabtu tu kan aku gi Penang. Dinner nye hari Ahad. Takot macam rushing pulak. Tapi bila pikir-pikir balik dinner yang terakhir rasa sayang pulak kalau tak pergi. Lagipon aku pergi Penang tu balik hari jer so memang sempat la kalau nak pergi. 

Dinner berlangsung kat Hotel Selesa JB 6hb Mei haritu. Tema dinner adalah retro. Aku macam tak ikut tema pon. Nak pakai baju kebaya nyonya sebenarnye tapi malas nak beli. Pakai je la apa yang ada. Baju kebaya biasa saje. hihihi. Dinner ni memang best la jugak cuma masanya tu terlalu cepat. Mungkin sebab tak banyak persembahan kot. Dan event nye tau macam rushing sangat. Tau2 je minggu depan dah dinner. Biasa kitorang tau awal2 sebulan lebih awal camtu. Tapi kali ni tak. Sebab tu macam tak ramai sangat yang join. Ok jom tengok gambar. Aku tak upload banyak pon kat fb. So letak kat sini je la :')

3 serangkai SKK. Me, Lina dan Ika
Dengan our supervisor, Prof G yang super sempoi. Baju celoreng2 tuh. Dengan Tuan Amran sekali.

Dengan hero SKK. Wah ramai nampaknye peminat Caol.

Menu pada malam tu. Semua nama menu ada tambah nama orang dolu2.

Dengan junior 3rd year yang hanya 3 orang je datang. Sedih sebab takde orang pon nk meraikan kitorang nk grad. huhu. Thx for coming :)

Vespa siapa aku rembat ni. Pinjam jap aa nak gi jenjalan.

Sebahagian dari coursemate. Tak lama lagi kita bakal berpisah. Wuwuu

With my lovely room mate, kakak, dan bff. hee. Dia menang award tau malam tu. Siswi tangkas katanya. Kelas kau jahh.

Last but not least, The King and the Queen. Pinjam spec kak.


Ok that's all. Jumpa lagi next entry :)