Tuesday, May 01, 2012

Blog yang Sepi

Sebenarnya banyak sangat benda nak cerita kat blog. Tapi disebabkan kekangan masa (cewah macam ayat dalam karangan), aku hentikan niat murni itu. Yela mesti kena dahulukan benda yang penting dulu kan. Tak gitu. Biasa la, dah semester akhir, banyak sangat benda yang nak kena buat. Tapi takpe, dalam 2 bulan semuanya akan berakhir kot. 

Aku sebenarnye nak update blog pasal aku pergi London hari tu. Tapi nanti la. Esok lusa ke. Sekarang takde mood nak mengarang lagi. Banyak benda nak cerita lagi2 masa transit lama kat Sri Lanka dan pengalaman naik Srilankan Airlines. kihkih :D

Satu gambar sebagai teaser. hee. Masa ni kat area Oxford Castle.

Minggu depan aku akan cuba free kan diri sebab nak pergi berjalan ke Penang. Sehari je la tapinye. Pergi awal gila flight pukul 7am dan balik dalam kol 11 malam. Macam lama gile jer kan. huhu. Apa tempat yang best eh kat Penang? Yang aku tau Bukit Bendera je. Takpela suruh orang sana la bawak gi tempat yang best2. 

Ok lah, aku nak menghabiskan sisa-sisa cuti aku selama 5 hari ni. Sebab lepas ni dah busy balik T___T