Saturday, February 25, 2012

Pelupa dan careless!



Aku rasa aku pernah post entri pasal pelupa dalam entri ini. Tapi ni nak cerita lagi kisah yang berlaku baru-baru ni. hmmm.

Aku pun tak tau la kenapa benda-benda simple aku asyik lupa jer. Nak kata pelupa pon ye, careless pon ye. Mana tak nye, kelmarin kalau tak silap, aku pergi kedai, masa nak balik aku letak purse dalam bakul moto tu. Lepas tu boleh pulak aku tertinggal purse dalam moto tu kan. Dah tengah-tengah malam tu aku nak carik purse takde. Memang aku dah agak dah tinggal. Sekali tengok memang ada. Sebelum ni, sem lepas ke atau sebelumnya, pernah jugak tertinggal purse dalam moto. huhuhuhu.

Lepas tu tak serik lagi, esoknye masa aku nak pergi kedai pon aku tertinggal lagi dalam bakul moto. Masa tu dah balik bilik la. Mungkin sebab aku nak kunci tayar moto, tu yang macam tak perasan purse dalam bakul moto. Kalau tak memang dah terus bawak je kot. So total aku tinggal purse dalam moto adalah 3x. Semua kat tempat yang sama. Nasib baik pelajar Kolej Perdana ni baik dan jujur. Even ada motor yang baru parking kat sebelah pon, diorang tak sentuh pun purse aku tu. NASIB BAIK LAH KAN. KALAU TAK PADAN MUKA DUIT HILANG.

Sebab pernah masa kecik-kecik purse aku hilang sebab tertinggal dalam bakul basikal. See? Penyakit careless sejak dari kecik lagi tahu. Masa tu memang menangis la kan duit hilang. Dah la banyak duit seringgit yang lama-lama tu aku ada simpan. Abang aku punya pon ada. Masa tu nak tunjuk kat kawan aku. Last-last hilang. Amek ko menunjuk lagiii kan. Aku ingat lagi purse tu jenama Little Bob Dog kaler maroon.

Next pulak kisah purse lagi, masa nak pergi kedai semalam, aku tengok moto aku kejap, aku pergi kedai naik moto Lina. Dah sampai kedai baru aku perasan aku tertinggal purse kat dalam tempat moto aku tu. Terpaksa lah patah balik amek. wuwuwuw. Dan lagi sekali yang paling sadis, aku beli ais krim kacang. Dah sampai bilik aku tak ingat aku ada beli ais krim. Dah tengah malam Lina yang perasan pasal ais krim tu. Confirm la dah cair kan. Maka kempunan lah aku di situ. Yelah sape suruh lupa lagi kan T______T

Ni belum kira berapa banyak aku tertinggal barang dalam kete, tertinggal kunci, dan tertinggal macam-macam lagi lah.

Aku rasa mesti aku banyak makan semut la, lupa tak henti-henti. Lepas ni kena makan kismis je la baru ingatan kuat balik. Grrr. 

So aku nak share something, 


Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan


  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam


Perkara Yang Perlu Diamalkan Untuk Tidak Lupa Ingatan


  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
  • Selalu makan makanan yang panas-panas
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulam
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selau menggunakan imajenasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00 malam

Info dalam blockquotes tu di ambil dari sini