Monday, January 16, 2012

BBQ bersama rakan-rakan

Ok cite ni dah basi dah since aku pergi selasa lepas. Tapi takpe, nak cerita jugak. Nanti boleh baca-baca balik di hari tua. Tak gitu. Kehkeh.

BBQ ni sebenarnya idea daripada aku. Ingatkan mula-mula nak pergi dengan Ika dan Lina je, tapi Ika suggest ajak ramai-ramai sebab macam meriah sikit kan. So kitorang pon ajak la 1 batch. Budak-budak perempuan je la tapinya. Yang jadik kepala tentulah Lina, dia sebagai ketua organizer. Haruslah kan, orang dah tunang memang kena buat lebih sikit. kwang3.

Lepas tu kitorang bahagi tugas sikit-sikit kat siapa yg nak pergi. Ramai jugak yg pergi, 20 orang semuanya. Mula-mula yang pasal ayam bbq tu, pening jugak pikir sape la nk buat kan, kena peram lagi semua. Kitorang memang tak tau la kan. Lepas tu mak Zulaika, member batch aku offer untuk buat ayam untuk bbq tu. So kitorang pon menarik nafas lega. So benda-benda lain kitorang setel kan la.

Pagi tu bertolak dalam pukul 8. Janji pukul 7. Biasalah janji MELAYU kannn. huhuhu. Hujan macam renyai-renyai masa tu. Sampai-sampai je, ada orang yang jaga tempat tu cakap, tak boleh naik atas sebab bahaya. So kitorang main air kat bawah je la. Kat bawah tu ada satu tempat main air macam kolam dia buat. Dalam paras pinggang jugak la. Boleh la gak kitorang main bola dalam tu. (bola di ganti dengan botol. kehkeh)

Kat situ ada tempat bbq yg dah tersedia. Aku bawak gak jaring besi yang baru sebab macam bersih sikit kan. Lepas tu, ada lagi bawak tempat bakar yg kecik tu je. So kira ok la nak bakar untuk 20 orang punya makanan. Makanan kitorang masa tu, Nasi goreng (nasi goreng ada dua jenis), hot dog, ayam bbq dan daging burger yg end up jadi meatball sebab dia dah lembik. hehehe. Kenyang sangat makan sampai ada banyak yang lebih. Yang paling sedap tentunya ayam bbq tu. heee. So jom tengok beberapa keping gambar.  












Ok tu sahaje. Babai