Sunday, November 13, 2011

Sunway Lagoon lagi

Sunway Lagoon

Tahun ni je dah 3x aku pergi Sunway Lagoon. Ingat plan hari tu nak pergi Genting Highlands tapi kalo nak dibandingkan, banyak permainan yang lagi best kat Sunway Lagoon. So aku pon decide pergi sana. Lagipon kat genting takde water park. Harap amusement park tu je. Lepas tu best sebab sejuk je. Sunway ada banyak tempat boleh pergi. Ada Amusement park, Wildlife Park, Water Park, Extreme Park, dan Scream Park. Tapi 3 3 kali aku pergi, aku just amik pakej 3 parks (Water Park, Amusement Park & Wildlife Park) tu je sebab murah, RM60. Kalau amik yang all parks RM75. Mahal weh. Amik tu pon macam sempat je main semua benda sebab dia bukak dari pukul 11am - 6pm je.

Dan ada peraturan baru yang ditetapkan masa aku pergi hari tu. Tak boleh pakai seluar berzip. Contohnya macam seluar track-suit korang yang ada zip kat poket belakang tu. Korang memang tak boleh naik ride yang kat water park langsung. Dia kata akan menyebabkan tube bocor. So buat penat datang je. Nak tak nak, kena cabut zip tu kalau nak main. Kalau banyak duit sikit beli la seluar baru kat kedai Quiksilver dalam tu. Hehe~ So langkah selamat, bawak la seluar yang takde zip ok. 

Sekarang aku nak share antara rides yang aku suka main kat sana:

Pirate Revenge

Benda ni ada gak kat Genting. Tapi kat genting dia tak pusing 360º. Yang ni pusing 360º. Memang cuak gila lah. Dah la open je, lepas tu dia punya safety yg tahan badan dan kaki kita tu ketat gile. Tapi memang best. Aku rasa ni yang paling best kot. 

Ada ride Tomahawk lebih kurang macam ni jugak tapi dia tak open.

Tomahawk

Lepas tu aku suka main Congo Challenge. Dia macam water slide la. Main ni selalu ramai jugak. Tapi naik 6 orang sekali so cepat je kot nak tunggu.

Congo Challenge

Niagara Falls Log Flume Ride

Another best ride is Niagara Falls Log Flume Ride, main ni best sangat. Hari tu aku naik sampai 2x. Masa tu takde orang. Memang best la. Kalau tak, nak beratur panjang sangat. Main ni seronok masa dia turun laju-laju tu. Memang takut la. Sampai bawah je, air kat bawah tu akan splash kat korang. 

Last sekali of course roller coster. Tapi roller coaster kat sini takde pusing-pusing 360º so takde la mencabar sangat kot. hehe



Lepas ni aku nak try main yang G-Force X dan Bungee Jumping. Macam menarik jer..


Antara gambar masa aku pergi hari tu.