Wednesday, October 19, 2011

Kursus Photography

Baru hari ni berkesempatan nak cerita pasal aku pergi kursus fotografi hujung minggu lepas by Eddie PhotoVideo. Kursus tu start Sabtu (8 Oct) sampai hari Isnin (10 Oct) kat area Batu Caves. Memang jauh la jugak dari Putrajaya. Aku dah la tak pernah drive pergi sana sorang-sorang. Nasib baiklah dapat pinjam GPS dari akak aku. Tu pon sampai separuh jalan, bateri dah kelip-kelip sebabnya lupa bawak charger. Bengong betul. Nasib baiklah tak mati GPS tu sebelum aku sampai. Mula-mula aku ingat kursus tu dekat Villa Eddie, siap dah sampai depan rumah dah, rupa-rupanya kat ofis baru. Semua yang join tu tersalah tempat T_T Aku tido kat hotel je dengan ada sorang lagi member perempuan yang join. Sebab kelas tu abis lambat jugak dalam pukul 12am. Nak balik Putrajaya macam penat je sebab esoknya kelas start pukul 9..

Actually abang aku yang sponsor aku pergi kursus ni. Nak harapkan aku memang tak mampu la nak bayar. Riban jugak. Thank u ye Banglong. Lain kali sponsor lagi. hihihi. First day kelas belajar basic pasal camera. Aperture, shutter speed, ISO, white balance, etc. Aku dah ada basic dah pasal benda ni sebab kawan aku, Ainuddin dulu pernah ajar aku masa outing dengan dia masa mula-mula beli camera dulu. Tapi ada jugak term-term yang aku tak pernah dengar contohnya macam sunny 16, rule of third, panning, etc....

Lepas je teori, petang tu kitorang pergi pasar malam untuk photojournalism. Kira amek gambar suasana kat pasar malam area situ jugak la. Then malam pulak pergi KL belajar fungsi bulb, speedlite, creative light system. Tapi camera aku takde cls tu. Nikon je ada. Lepas tu ada amek gambar light trail jugak. 

The next day, kitorang pergi FRIM shoot gambar kat sana. Ada la sepasang couple yang jadi model. Hehe. Kat sana belajar amek gambar pakai reflector. Petang tu sambung teori sikit and then praktikal sunny 16. Petang tu kelas habis awal. Tapi kitorang pergi pameran pengantin kat Jusco AU2 sebab Eddie ada bukak booth kat sana sampailah malam. Ingatkan malam tu nak pergi Danau Kota amek gambar, tapi tak jadi sebab semua pon macam malas jer. Penaaaat sangat.

Hari ketiga iaitu hari Isnin kitorang pergi air terjun Ulu Yam. Kat sana belajar amek gambar air terjun guna slow shutter. Lepas tu Eddie tanya nak amek gambar kat mana lepas ni. Macam-macam la tempat keluar dari mulut kitorang. Genting Highlands la, Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Bukit Fraser, nasib tak keluar Sabah Sarawak. Haahaha. Last-last pergi Genting Highlands jer. Sebab dah macam dekat dari Ulu Yam tu. Best la jugak pergi sana sebab sejuuk, lagipon dah lama sangat tak jejak Genting. Last aku pergi time matrik kot. Kat sana pergi shoot gambar jer, tak main-main pon. Teruja la jugak tengok semua game tu tapi takpelah, lupakan hasrat tu, nanti aku pergi lagi. hehehe. 

So aku nak share la gambar-gambar yang aku shoot sepanjang kursus haritu. Ada banyak tapi aku letak beberapa je la k....














Kulit aku dah makin gelap sebab ada amek gambar masa panas terik (-_-")