Thursday, September 01, 2011

Salam Aidilfitri

Selamat hari raya semua! Hari ni aku nak cerita kisah raya aku. Masa raya busy dengan makan je tak habis-habis. Tak sempat nak cerita. hehehe. Raya tahun ni macam biasa lah, raya dekat Muar. Tapi kali ni kurang meriah. Ramai sedara-mara yang tak balik. Dan yang paling tak bestnya, family aku tak lengkap sebab abang dan kakak-kakak aku beraya rumah mertua diorang. So tinggal le kami adik-beradik yang tak kawin lagi ni jer. Gambar family pon macam sikit je tengok. Yela sebelum-sebelum ni gambar ramai jer, tahun ni pulak tiba-tiba je sikit. 

Lepas tu, tahun ni baju raya macam tak ikut tema sangat. Mak aku kata takde tema, tapi entah macam mana parent aku dan adik aku yang kecik tu sama lak kaler baju, gold. Aku dengan adik aku yang Fatimah tu je macam lari habis. Raya-raya dalam 3 tahun sebelum ni, memang ikut tema. Mungkin tahun depan kot ikut tema balik. Time ada akak-akak aku baru senang sikit nak pilih-pilih tema baju raya. Baju raya aku tu pon beli last minute. Itu pon sebab member aku dia beli baju raya, pastu dia tak muat. Disebabkan aku malas nak pergi carik baju raya sebab sure ramai gila orang kan, so aku beli je baju tu dari kawan aku. Sebab memang muat-muat je dengan aku. Cantik pon cantik. heeheh

Lepas je raya kat Muar, kitorang gerak balik kampung lagi satu kat Parit 13, Sekinchan. Kat sini banyak sikit kitorang beraya. Sampai ke Perak raya rumah sedara. Jauh tak jauh la. Tapi yang bestnya, makan sesedap time raya ni. Boleh gemuk aku dibuatnya...


Kat Muar
my family without brother and sisters.

sedara sepupu sepapat

Buaian yg berusia almost 20 tahun. Tempat bermain sejak aku kecik lagi.
depan rumah atok at Bukit Kangkar


Kat Sekinchan

3 generation. Me, mom, and nenek.
kat kampung nenek, before pergi beraya. best kan ada sawah?

Jom balik Putrajaya!