Tuesday, September 13, 2011

Jumpa Kawan Lama

Sebelum balik UTM hari tu sempat jugak aku berjumpa dengan kawan-kawan sekolah lama aku. SBPI Selandar. Mesti korang tak pernah dengar pon nama sekolah tu kan. Takpe-takpe. Buat-buat je la tau ek. Tak ramai pon yang aku jumpa. Empat orang jer. Azwa, Weny, Hanim dan Syera. Semua dari kelas 5 Newton. Aku suka nama kelas aku Newton. Agak lama jugak tak jumpa diorang ni semua. Kecuali yang Weny tu la. Sebab dia satu kolej dengan aku kat UTM. hehe


Meh aku cerita serba sedikit pasal diorang ni. First, Azwa Laila. Dia tengah cuti sekarang ni. Sebulan je kot dia cuti tak silap. Dia belajar kat Germany amek Electrical Engineering. Time kat sekolah aku duduk sebelah dia ni la. Memang banyak la kenangan bersama dia ni. Suka duka. Cewah~ Tapi sekarang jarang jumpa, setahun sekali je kot. 


 Azwa Laila and me
Hanim Munirah dan Weny Namira


Yang dua orang ni paling aku ingat, kaki komik. Masa kat sekolah asik beli komik ajer. Lagi-lagi yang belah kanan Weny tu, aku tak nampak pon dia study sangat coz asik baca komik aje. Last-last straight A's gak dia dapat. Mantap betul. Dia kat UTM macam aku jugak, tapi amek kos marine engineering. Boleh la jadik polis marine lepas ni. hihihi. Eh taklah, gurau jer. Jadi engineer la kan.

Hanim ni ada gak aku keluar-keluar dengan dia lepas habis sekolah hari tu. Roger jer cakap nak jumpa, memang dia akan datang. Kira flexible betul. Sekarang dia kat UTHM amek Electrical Engineering (eh betul ke ni, aku macam dah terlupa).

Weny and Syera

Yang mata satu line (sepet) ni nama dia Syera. Dia ni straight A's gak dulu masa sekolah. Bakal lawyer dia ni. Masuk debate sampai ke London tu. Memang tere la ko syera. Aku nak cakap kat depan ramai-ramai orang pon gigil-gigil tempurung lutut aku tau. Dia cakap bukan main berhabuk lagi. hehe




Hopefully lepas ni dapat jumpa macam ni lagi. Tapi kalo jumpa lagi ramai lagi best. Maybe satu kelas terus ke...hehehhe.