Saturday, September 24, 2011

Facebook Timeline Yang Awesome!


Tadi masa bukak twitter tiba-tiba ada dapat link pasal macam mana nak tau kalau ada orang unfriend dengan kita kat facebook. So bila bukak link tu, dia tulis kalau nak tau caranya, kena enable dulu facebook timeline. So aku pon curious la ape benda la facebook timeline tu. Lepas je cuba, facebook aku jadik macam ni. Tadaa~ canggih tak?



Aku pon explore la benda ni. Memang best sebab...

1. Dapat tengok timeline facebook dari awal korang join facebook ni. Kalau tak, sebelum ni mana boleh tengok post-post kita yang lepas. Boleh memang boleh tapi lebam la nak kena click older post banyak-banyak kali kan. Guna facebook timeline just tekan tahun yang korang nak. Terus keluar semua. Friends, wall post and comments. Boleh la mengimbau kenangan lama. Tak gitu? hehe


2. Boleh tengok bila korang buat facebook

Tarikh buat facebook. Masa ni kat matrik lagi kot. Dah lama jugak ek.


3. Boleh tengok friend korang setiap tahun. Macam kat bawah ni friend terawal aku kat fb. 

friends terawal aku kat facebook

4. Boleh letak gambar header. Macam kat gambar 1st tu aku letak gambar windmill. Dah macam blog pulak boleh letak header.

5. Gambar besar. Senang nak tengok.

6. Boleh tengok siapa yang unfriend dengan korang. Korang tengok sendiri la kat link ni macam mana. Aku malas nak buat sebab tak nak tau pon siapa yang unfriend dengan aku. Hahaha 

Haha tu je la kot. Aku pon tak reti nak review sangat. Benda ni pon beta lagi sebenarnya. Developers je yang boleh tengok. kalau korang enable facebook timeline ni, baru korang boleh tengok kot profile aku jadik macam ni. Kalau tak, nampak macam yang lama punya ajer. If facebook dah betul-betul tukar jadi macam ni nanti, mesti ada punye suara-suara yang complain tak suka facebook baru la, susah la, ape la. Kan3? Apa yang facebook tukar tu mesti yang lagi ok punya, tak yah ler dok sibuk-sibuk nak tukar facebook yang lama. At last, semua pon akan bertukar jadi baru punya kan...

Kalau korang nak try, boleh klik sini ok. Jangan lupa cuba.