Wednesday, September 21, 2011

Cabut Gigi Bongsu

Minggu lepas aku pergi Pusat Kesihatan UTM, sebab nak tanya pasal cabut gigi bongsu. Then lepas cek-cek, doktor tu refer aku ke Hospital Sultanah Aminah, JB sebab nak cabut gigi bongsu kena buat small operation. Yang kat UTM tak buat cabut gigi bongsu kot. Entah la. So Isnin lepas aku pergi la ke HSA sebab nak pergi tanya pasal cabut gigi tu. 

Sebenarnya gigi bongsu aku takde masalah pon. Means takde lah sakit ke apa. Cuma doktor yang buat braces aku tu suruh aku cabut sebab dia cakap gigi bongsu tu menghalang gigi nak kebelakang. Sebenarnya boleh je buat kat klinik aku buat braces tu  tapi mahal la sebab private kan. Dia kata sebatang dalam RM500 T___T

So sampai-sampai je hospital (area Klinik Pakar Bedah Mulut), kena daftar-daftar then dia suruh buat x-ray gigi. Masa nak daftar tu aku siap bagi IC aku lagi. Entah macam mana bila tengok kat envelop nama aku boleh bertukar jadik NURU HIDAYAH BT ESA. Aku rasa la kan, orang yang tulis tu power rabun dia 1000 agaknye...

My name is NUR HIDAYAH BT ISA. not NURU or ESA...

gambar x-ray gigi aku. see, empat2 gigi bongsu dah nak keluar.


Kat atas ni x-ray film gigi aku. Doktor tu cakap gigi bongsu aku tu dekat dengan saraf. Kalau cabut mungkin ada risiko saraf tu cedera dan akan menyebabkan kita rasa kebas je kat gusi. Kebas tu mungkin lama depends on situation. Tiba-tiba rasa cuak lak nak cabut. Aku tak bagi kata putus lagi. Then aku bincang dengan dentist braces aku dia kata 'Awak, proceed jer. Lagipon yang cabut gigi bongsu kat hospital kerajaan memang semuanya doktor pakar, takkan la dia nak buat awak teruk-teruk pulak'. Tiba-tiba aku rasa lega sikit. 

So lepas tu aku confirmkan tarikh appointment aku nak cabut gigi iaitu pada... 


27 October 2011. 



Cuakssssnye!!!!!


Gigi aku dah semakin tersusun.

Kat atas ni pulak gambar terbaru takde la baru sangat dengan gigi yang semakin tersusun. #EhYeke? Dalam beberapa bulan lagi braces aku dah boleh cabut kot. Tak sure lagi exact date bila tapi doktor cakap memang tak lama lagi la. Lepas ni boleh le aku tersenyum selebar-lebarnyeeeeeeeeeeeee 


^_____________^


p/s: Good luck kat kembar aku Nur Nazlina sebab dia pon kena cabut gigi jugak tapi hari Jumaat ni. Nama pon kembar kan, cabut gigi pon nak sama-sama. hahahhaa