Wednesday, August 17, 2011

Practical Trainees - Honda

Kurang daripada dua minggu, LI aku akan sampai ke penghujungnya (Yahooooo!!). Dan diam tak diam, dah dekat tiga bulan aku berada di bumi Melaka ni. Macam-macam benda yang berlaku sepanjang berada di sini. heheh. Ye ye je ek macam-macam. Layankan je lah.

So before habis LI, kitorang semua budak praktikal pergi keluar berbuka puasa sama-sama tadi. Ramai jugak ye yang LI kat Honda ni. Tapi yang pergi tadi tak semua la. Ada yang tak dapat pergi atas sebab-sebab tertentu. Kebanyakan budak praktikal tentulah dari UTM (10 orang). Yang selebihnya ada daripada UPM, UTeM, UTHM, dan MMU. Tu yang aku ingat lah. hehe.

Tadi mula-mula pergi berbuka puasa jer kat Ayer Keroh. Then ada suggestion nak main boling. Kalau nak pergi main siang-siang macam penat pulak kan sebab puasa. So main malam ni kira ok kot. Lagipun lepas ni tak tau la bila lagi boleh jumpa. Yang bebudak UTM memang kompem la boleh jumpa naik sem ni. Maksud aku yang dari Universiti lain.

Some pictures of the day.










Tak nak bagitau berapa mata main boling yang aku dapat. Hancus. hehehehe


p/s: Esok berbuka puasa dekat hotel. Bebudak praktikal department aku dijemput sekali. Makin dah nak habis LI ni, makin banyak lak orang nak berlanja. heheheh