Tuesday, August 16, 2011

Bazar Ramadhan

Sejak dua menjak ni, lepas balik kerja pukul 5.40pm, aku akan selalu pergi bazar kat Alor Gajah. Nak masak malas, sebab dah penat-penat balik kerja kan. So penyelesaiannya, beli je la. Senang. Tapi takde la senang pon sebenarnya, dia jadi susah sebab kena berhimpit-himpit dan bersesak-sesak kat bazar tu. Memang pack sangat lagi-lagi waktu time aku balik kerja tu. Tapi apa nak buat, terpaksa harungi jugak. Kalau tak berlapar lah jawabnya.

Sebenarnya aku nak cerita pasal segelintir sikap peniaga-peniaga kat bazar ramadhan ni. Ada certain yang mesra pelanggan ok la. Tapi ada gak jenis yang hangin satu badan, tu tak boleh blah sangat. Buat orang sakit hati jer.

Ada la beberapa contoh yang terjadi kat aku. First masa aku singgah kat gerai jual tembikai yang dah siap potong tu. Aku pun pegang-pegang la tembikai tu. Yela before nak beli kena la tengok-tengok dulu. Tapi ada ke makcik yang jual tu cakap kat aku, 'dik, jangan la dok tekan-tekan tembikai tu'..Peh panas betul la aku. Entah bila la aku pergi tekan tembikai tu....

Gambar sekadar hiasan


Kali kedua, masa aku nak beli epal. Eh asal semua time aku nak beli buah je ni ek. Masa tu aku nak beli epal fuji. Dia dah asingkan letak dalam bakul 5 biji-5 biji. Tapi aku mestilah nak pilih buah yang ok-ok kan. So aku tukar la buah-buah dalam epal tu, dengan bakul yang lain. Aku agak takde masalah lah sebab harga dia still sama. Sebakul RM5. Sekali makcik tu cakap, 'Dik, u dah amik dari bakul ni, amek jela. Jangan tukar-tukar'. Poyo kan? Sakit hati aku. Customer is always right eh makcik.

Kali ke 3 pulak, bukan aku yang kena. Kawan aku. Dia tengah singgah kat gerai nak beli kuih. Lepas tu dah pilih kuih apa nak beli, dia cakap la kat mak cik tu nak kuih ni seringgit. Then mak cik tu tak dengar kot. Kawan aku tu keluarkan la duit dari purse dia. Tapi mak cik tu still tanya kat dia, 'Dik, nak kuih berapa ringgit?, member aku tak jawab sebab tak perasan. Then dia tanya lagi 'Dik, nak berapa ringgit?'. Then baru la kawan aku tu perasan..Lepas tu tak masal je mak cik tu marah. Dia cakap ' Dik, lain kali orang tanya tu jawab la'...See? Padahal orang dah cakap awal-awal, dia yang tak dengar. Hampehhh..

So kesimpulannya, kalau nak berniaga. Buat la cara nak berniaga. Cakap la elok-elok sikit. Mesra pelanggan. So orang nak beli kat kedai kita pon rasa suka jer nak membeli. Bila dah terjadi kes-kes kat atas ni kat aku, memang aku takkan beli lagi kat gerai diorang tu. Kirim salam. huhuhu