Thursday, August 11, 2011

Akhirnya Siap Jugak!

Setelah dua minggu aku bertungkus-lumus menyiapkan report praktikal aku, akhirnya siap jugak petang tadi. Tu pon dah tension-tension dah. Sebenarnya dah siap content semua. Tapi masa nak edit page number, table of content, list of figures and table semua tu, memang menguji kesabaran lah. Mana tak nya, masa nak letak page number, tiba-tiba je page number tu tak nak keluar. Mengada kan? Nasib aku ni sabar orang nye. cewah. Padahal dah bising-bising dah masa tu. 

Patutnya report kena sampai by esok, tapi aku esok baru nak pergi pos. Tak tau la bila sampai nya. Nanti kena call lecturer la cakap lambat sikit. Hope ok la. Kalau tak, tak tau la camne. Biasalah, orang buat kerja last minute, camni la jadiknye. Entah bila nak insaf tah.

Report yang tak siap di bind lagi

So lepas ni dah takde kerja dah kot nak buat. Kot la. Kalau takde kerja, mengular je la jawabnya kat tempat kerja. eh eh :D

By the way haritu ada la amek beberapa gambar kat Putrajaya. Huhu asik Putrajaya je ek. Macam dah takde tempat lain nak gi. hihihi layan jelah.