Sunday, July 10, 2011

Review Filem Tolong! Awek Aku Pontianak



Siang tadi lepas main bowling, singgah kejap kat Mahkota Parade nak tengok wayang. Mula-mula plan nak tengok Sekali Lagi tapi tiba-tiba nampak cerita lain yang macam lagi best pulak iaitu 'Tolong! Awek Aku Pontianak'. So apa lagi beli la.

Cerita ni memang best la bagi aku. Kelakar. Dari awal aku asik gelak jer.  Dan yang pasti watak Zahiril Adzim dalam cerita ni macam comel dan sweet je sebab dia lurus bendul dan innocent. Hee.


Dalam cerita ni Zahiril Adzim jadi Bob.Dia ni selalu kena buli dengan ofis mate dia. Lepas tu awek dia, Ina (Faezah Elai), tinggalkan dia sebab dapat pakwe baru (Jehan Miskin) yang lagi kaya. So Bob ni pindah rumah la sebab dah break dengan awek dia. Dia sebelum ni duduk kat Bangsar sebab Ina tu suruh duduk situ baru nampak macam high class sikit. Masa pindah kat rumah flat baru tu la dia jumpa dengan awek dia yang pontianak tu, Maya ( Sazzy Falak ). Maya ni tinggal dengan adik dia, Liyana (Liya Jasmay). So mula la bibit-bibit percintaan antara Maya dan Bob. Maya suka dekat Bob sebab Bob tu baik, ikhlas dan jujur. Maya siap uji lagi si Bob tu sebab nak tau dia betul-betul baik atau tak. Lepas tu, masalah timbul bila akak Maya dan Liyana ni datang ke KL. Akak diorang ni jahat sebab dia langsuir. Tapi Bob dapat selamatkan diorang daripada langsuir tu. Tapi ada bomoh cakap, Maya dan Liyana kena balik kat tempat asal diorang. Lepas tu apa jadi kat Bob? Jeng3. Aku cuma akan bagitau yang ending dia adalah happy ending....

Kalau nak tau ending dia, jangan lupa tengok ok.

Aku bagi 4/5 bintang. hehehe.