Sunday, July 10, 2011

Bowling AF Department

Semalam department aku, AF (Assembly Frame) ada buat perlawanan bowling kat MIBC (Malacca International Bowling Center). So aku pon teringin la jugak nak join. Padahal mana reti sangat pon main bowling. hahaha. Tapi perempuan yang join tak ramai. Sikit je sebab kat AF ni bilangan perempuan boleh kira dengan jari. So dalam hati aku, kalau tak ramai perempuan, ada la chance nak menang. Konon-kononlah. Sekali aku tengok yang datang, ramai la jugak perempuan sebab ada import dari department lain dan jugak beberapa orang luar.

Team aku patutnya semua budak practical training. Tapi ada yang tak dapat datang. So import la jugak beberapa orang budak-budak lain sebab nak cukupkan 6 orang. 


Cuba tengok mata yang aku dapat. Untuk 3 game 293 mata je. Huhuhu. Tapi tak kesah la sikit ke tak, janji aku dapat paling tinggi dalam team aku ni. wakakaka. Takde lak gambar team aku nak tunjuk. Gambar-gambar lain..







Lepas balik main bowling terus jalan-jalan pergi tengok wayang. hee. Itu je la cerita hari minggu aku. Hari ni pulak tak buat apa-apa. Esok dah start kerja balik.