Monday, June 06, 2011

Swimming

Sejak dua menjak ni kalau aku balik rumah, mesti adik-adik aku ajak pergi mandi kolam. Sebab kolam renang ni dekat je dengan rumah aku. Kat Kompleks Kejiranan Presint 11. Kat sini tempatnya campur lelaki perempuan. Kalau yang kat Presint 9 punya asing-asing tempat. Tapi kat Presint 9 kolam dia macam tak berapa best macam Presint 11. Sebab macam takde orang sangat dan aku rasa macam creepy je. hahaha. Siap ada lubang ape tah kat tepi kolam tu =.=" Kat sini kalau nak mandi memang wajib pakai swimming suit. Kalau tak, nanti kena halau dengan orang yang jaga tu. 

Korang rasa aku reti berenang ke tak? hehehe. Aku just reti berenang yang ke belakang tu je. Sebab yang tu senang sikit just apungkan diri pastu terus boleh berenang. Tu pon ada member aku ajar. Kalau tak sampai sekarang tak reti kot. Tapi yang berenang ke depan yang boleh amik2 nafas tu aku still tak tau sebab takde orang nak ajar. Banyak kali jugak aku try tapi tak boleh je. Siapa boleh ajar aku berenang? Hee Sophie Al-Yahya mesti boleh ajar sebab dia kan swimming instructor :p


Yang ni kat presint 11 punya swimming pool. Peace!

Hari ni aku cuti. Sebab tu lambat sikit balik Melaka. Maybe lepas maghrib kang baru gerak kot. Bulan Jun ni aku ada 4 hari cuti. Hari ni 6hb, dan 20-22 Jun. Bulan 7 nanti pon ada 4 hari lagi cuti. Actually ni cuti ganti. Kira cuti-cuti ni semua akan di ganti masa bulan September nanti. Tapi masa tu kitorang dah habis praktikal dah. So takde la nak ganti-ganti dah. Bertuah betul. hihihihi~