Sunday, June 26, 2011

Sunway Lagoon #2

Dulu pernah gak aku buat entry masa aku pergi Sunway Lagoon dulu. Tapi tu masa zaman muda-mudi masa umur 19 tahun kot. Masa tu nama blog pon still 'berbunga-riang'. hehe. Macam kanak-kanak riang aje dah. Ok tu dulu. Sekarang dah 22 tahun jadi mungkin dah matang sikit. Back to the topic.

Actually minggu lepas aku pergi gak Sunway Lagoon. Masa tu memang plan nak bawak adik-adik aku semua. Tapi disebabkan aku pergi hari Isnin, tiba-tiba end up mak aku tak bagi pulak adik-adik aku pergi sebab tak bagi ponteng sekolah. So aku pergi je la dulu sebab dah janji dengan orang nak pergi sana. Aku nak pergi hari Isnin sebab kurang sikit orang. Kalau weekend memang confirm ramai gila. Paling ramai Pak Arab kot. Pelik betul kenapa ramai pulak diorang kat sini. Dah macam pergi negara Arab je dah. Alahai. 

Minggu ni aku pergi lagi sekali. Dengan akak dan adik-adik aku. Ramai sikit la. Dulu aku pergi tiket murah lagi. RM 45 je untuk 3 park. Tapi sekarang dah naik RM60. Jauhnya beza. Tapi nasib ada dapat voucher so dapat la kurang sampai RM56. Tu pon kira mahal gak lagi. Tapi takpe, dua-dua minggu aku pergi, akak aku yang sponsor. So takde hal lah. kehkeh. Ok jom la tengok serba sedikit gambar.

With my family

On da way nak balik ni

with my kembar, Lina

Kalau sesat boleh la tengok map kat belakang ni ye

Kengkonon comel la nih. haha

Saya alien yang baru sahaja turun dari Planet Nameck. 

Depan scream park. Tak masuk pon sini. Pose aje

Dengan mascot Sunway Lagoon kot


Gambar dalam air. wee

Tapi yang ralatnya tak sempat nak masuk Wildlife Park sebab tempat tu dah tutup. Kalau tak, sempat jugak tengok binatang-binatang kat dalam tu. Tak pernah lagi masuk sana. Takpelah, dah takde rezeki. So balik je la. Then lepas tu jalan-jalan kejap kat Sunway Pyramid. Sempat la jugak beli selendang dan clincher 1. Eh bukan aku yang beli, Lina yang belikan as my birthday gift. Thanks ye Lina ^_^

Oklah aku dah mengantuk dah ni. Nak tido. Esok nak berjalan lagi. Babai~