Sunday, June 12, 2011

Jangan bermain api



Dulu masa aku kecik-kecik, aku suka sangat main dengan api. Pantang jumpa mancis, mesti nak nyalakan. Macam ada satu perasaan yang best bila main api ni. Cewah. Lagi best kalau buat mancis tu boleh lompat-lompat bila susun batang mancis kat atas kotak tu. Susah pulak nak explain. Korang paham-paham je la ye. Aku ada dua kisah aku main api yang nyaris-nyaris boleh membakar rumah.

Kisah 1

Cerita ni masa aku umur 4 ke 5 tahun. Lupa dah. Masa ni aku duduk kat Kuchai Lama. Masa tu bapak aku merokok lagi kot. So ada la selalu kotak-kotak mancis sepah-sepah kan kat atas meja tu. Aku suka sangat nyalakan mancis tu. Yela, kecik-kecik kan suka cuba benda baru. hehe. Tapi takdela nyalakan depan mak bapak aku. Kang tak memasal je kena marah. So aku pon amik la kotak mancis tu bawak masuk bilik.

Aku bawak dekat area tilam. Punyalah syok main last-last entah macam mana, api tu kena dekat tilam. Dengan sekelip mata je api jadi makin besar. Kira terbakar la jugak tilam tu kat bahagian tengah. Tapi takde la terbakar semua. Lepas tu aku tak ingat dah sape yang padam api tu. Dan yang aku ingat sampai sekarang, aku kena rotan dengan bapak aku sebab main api. Nangis-nangis tu kena marah. hihihi


 Kisah 2

Korang ingat lepas kena rotan, aku dah serik ke bermain dengan api. No no no. Haha. Cerita kedua ni berlaku masa aku duduk kat rumah atok aku kat Muar. Masa tu aku terjumpa mancis lagi. Lepas tu bawak masuk bilik lagi. Takut orang nampak. Lagi-lagi pakcik aku. Aku memang takot dulu dengan dia sebab dia garang. Asik kena cubit aje. Aku pon main la nyala-nyalakan mancis kat area tempat gantung sejadah dengan telekung. Kira tempat macam tersorok sikit la.

Lepas tu, aku ada cucuh-cucuhkan mancis tu kat tali sejadah yang jurai-jurai tu. Ingatkan sempat la aku padamkan. Malangnya tak sempat. Aku dah kaget masa tu terus lari keluar bilik. Memang dah marak jugak la api masa tu. Lepas tu aku tak ingat sape tah yang perasan pasal api tu. Yang paling aku ingat pak cik aku berlari-lari dengan gigihnya bawak baldi penuh isi air sebab nak padamkan api tu. Aku tengok je la dalam hati memang dah cuak gile la. Lepas tu apa lagi, kena marah la. huhuhhu..


Sebenarnyakan sampai sekarang lagi kalau aku jumpa mancis, mesti aku nak nyalakan. Asik main api je aku ni. Patutnya aku kena jadikan bomba sebagak profession aku la. ekeke~

Entry ni aku tulis sebab nak join contest yang dianjurkan oleh lecturer aku, Dr Siti Hamidah. Contest ni kena cerita memori yang tidak dapat dilupakan sewaktu kecil. Aku memang ada banyak memori masa kecik. So apa salahnya aku join dan share dengan korang. Ye tak?





Kena tag 3 orang. Aku tag Ery Farieha, Cujen, dan Sherah.